TAHNIAH… Juara keirin dunia, Azizulhasni Awang menepati ramalan selepas berjaya unggul acara pecut individu lelaki sekali gus raih pingat emas dalam aksi di Velodrome Nasional, sebentar tadi.
Lebih manis, kejayaan itu menjadi emas yang ke-111 berjaya dikutip oleh kontinjen Malaysia bagi saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, menepati sasaran ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Azizul , atau lebih dikenali dengan nama “The Pocket Rocketman” menewaskan rakan senegara, Shah Firdaus Sahrom, dalam kedua-dua pusingan untuk mengakhiri perlumbaan di tempat pertama.
Pingat gangsa menjadi milik Jaturong Niwanti dari Thailand selepas menumbangkan cabaran wakil Indonesia, Puguh Admadi, dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Dalam aksi sebelum itu, atlet berbasikal negara, Fatehah Mustapa, mengesahkan status sebagai ratu acara pecut individu wanita setelah terlebih dahulu menumbangkan cabaran rakan sepasukan, Farina Shawati Adnan.
Fatehah malah memenangi dua daripada tiga perlumbaan antaranya dengan Farina, sekali gus menghadiahkan emas ke-110 buat negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment