Tokei Gores Dan Menang Dibelasah Teruk!
KUALA LUMPUR – Gambar-gambar yang bakal anda saksikan di bawah ini adalah kejadian sebenar amukan sekumpulan mangsa sindiket gores dan menang yang berlaku di sebuah syarikat seumpama itu di Kepong semalam.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) kebetulan sampai di tempat kejadian ketika sekumpulan lelaki yang dikatakan menjadi mangsa bersemuka dengan kakitangan syarikat itu.
Mynewshub.my tidak menutup muka mereka yang dibelasah itu agar anda juga dapat mengenali wajah kumpulan yang menipu anggota masyarakat kita.
Jarang masyarakat Malaysia bertindak seperti ini melainkan tahap kemarahan yang sudah sampai ke peringkat yang tidak mampu dikawal lagi.
Seperti yang kita semua maklum, media dan akhbar tempatan sering melaporkan berita-berita mengenai sindiket penipuan syarikat ‘gores dan menang!’ yang mempedaya orang ramai sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.
Kebanyakan mangsa yang tertipu dengan aktiviti tersebut hanya mampu bersabar atau sekadar bertindak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa.
Malangnya tidak semua kes yang dilapor berjaya diselesaikan akibat kelicikan sindiket-sindiket seumpama itu.
Namun bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Menerusi emel yang diterima Mynewshub.my petang semalam, insiden berdarah melibatkan salah satu sindiket itu dapat dirakamkan dalam bentuk gambar.
Dalam kejadian tersebut, PPIM bersama beberapa orang aktivis CRTF telah berkunjung ke premis syarikat tersebut di Kepong ekoran aduan dari pengguna yang mendakwa mereka diperdaya dan ditipu syarikat itu.
Bagaimanapun, setibanya PPIM dan CRTF di premis tersebut, mereka dikejutkan apabiladi’sambut’ dengan bunyi bising.
“Kami terkejut! wartawan yang kami bawa bersama ada yang lari meninggalkan tempat kejadian,” kata seorang aktivis PPIM, Harshnoel Murshim yang dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.
Memberanikan diri, beberapa aktivis PPIM dan CRTF menghampiri premis tersebut dan ‘berpeluang’ menyaksikan pergaduhan yang berlaku di antara kumpulan dipercayai keluarga mangsa penipuan sendiket berkenaan dengan sekumpulan lelaki dipercayai pekerja syarikat itu.
Bagaikan bertemu buku dengan ruas, pekerja-pekerja yang bersubahat menipu orang ramai itu dibelasah secukup-cukupnya oleh kumpulan lelaki berkenaan yang mendakwa ditipu sebanyak RM2 juta oleh sendiket berkenaan.
Menurut Harshnoel, kumpulan lelaki yang menyerang ibu pejabat syarikat tersebut dianggarkan seramai 10 hingga 15 orang manakala pekerja syarikat itu hanya sekitar lima hingga enam orang.
Selain itu, beliau turut mendengar amaran yang diberikan kepada wakil syarikat itu yang mengancam akan mengambil tindakan lebih teruk terhadap mereka sekiranya cuba menipu orang ramai lagi.
“Kau buat lagi kat orang Melayu, kami kasi mati..! Kami tak bagi chance (peluang)..,” kata lelaki tersebut kepada wakil-wakil syarikat berkenaan yang ‘separuh mati’ dipukul.
Enggan melibatkan diri dengan apa yang terjadi, PPIM dan CRTF terpaksa menunda hasrat mereka untuk berbincang dengan syarikat itu yang dikatakan telah menipu seorang pengguna sebanyak RM75,000 baru-baru ini.
Bagaimanapun, PPIM dalam kenyataan yang dihantar melalui emel berharap agar tiada lagi sesiapa yang akan terpedaya dengan kumpulan sindikit seumpamanya di negara ini pada masa akan datang.
sumber: mynewshub.my
lihat semua gambar: http://mynewshub.my/2011/11/17/buku-bertemu-ruas-amukan-mangsa-gores-dan-menang/
lihat semua gambar: http://mynewshub.my/2011/11/17/buku-bertemu-ruas-amukan-mangsa-gores-dan-menang/
Posted in: UncategorizedTemubual ringkas dengan Neelofa
PERJALANAN Noor Neelofa Mohd Noor cukup hijau dalam bidang seni tanah air. Namun, limpahan publisiti yang diterima oleh aktres kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini cukup luas dan besar sehingga dia mampu melonjakkan namanya ke tahap tinggi dalam tempoh kurang dua tahun bergelar pelakon.
Semuanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara pertandingan pencarian Dewi Remaja 2010, kembara seni Neelofa menyusur dengan baik dan penuh warna-warni. Menjadi selebriti yang cantik dan digilai ramai adalah cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh gadis berusia 22 tahun ini kerana sering terkena tempias kontroversi.
Namun, Neelofa dilihat sebagai muka baru yang berani dan tegar menghadapi pelbagai gosip liar dan tohmahan yang dilemparkan. Kini, pelakon yang bakal muncul dengan filem Azura 2012 pada tahun ini boleh menarik nafas lega kerana sudah berjaya mengukuhkan namanya sebagai pendatang baru yang popular dan berjaya.
APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG?
Memikirkan banyak masalah yang berlegar di fikiran.
SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI?
Ibu saya Noor Kartina.
APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI?
Menjadi buta kerana mata adalah anggota yang paling penting.
APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?
Peramah dan bertolak-ansur.
APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?
Tidak menepati masa.
PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Memandu bersendirian ke Seremban, Negeri Sembilan tanpa merujuk pada alat Global Positioning System (GPS).
PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?
Pernah.
PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?
Tentulah pernah tetapi saya mahu rahsiakan.
BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?
Menyanyi.
JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR?
Sikap suka melengah-lengahkan sesuatu kerja atau urusan.
APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?
Keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (5A), Penilaian Menengah Rendah (8A) dan Sijil Pelajaran Malaysia (10A), menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2010 dan menggalas watak Azura dalam filem Azura 2012.
PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?
Apabila saya mengalah atau berundur sebelum mencuba.
KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Menjayakan watak dalam filem pertama saya iaitu Azura.
PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI YANG ADA PADA SEORANG KAWAN?
Cukup sekadar menjadi pendengar yang baik dan setia kepada masalah saya.
SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?
Tiada.
SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?
Tiada.
BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?
Menerusi nama baik dan disiplin yang saya amalkan sepanjang terlibat dalam bidang seni.
MOTTO KEHIDUPAN ANDA.
Permulaan yang buruk pasti ada ruang untuk memperbaikinya agar berakhir dengan penghujung yang baik.
sumber: mstar.com.my
Posted in: Artis'Tetek saya seperti mahu meletup!' - Jodi Marsh
Jodi Marsh adalah seorang



Namun begitu, setelah menjalani pembedahan pembesaran buah dadanya buat
Payudaranya seolah-olah mahu meletup apabila bekas jahitan antara belahan silikon dan putingnya tiba-tiba terbuka dan beliau telah mengalami kesakitan yang amat sangat.
Posted in: 18+Ayah saksikan anak gadisnya dirogol
Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, kejadian itu bermula apabila mangsa yang berumur 21 tahun bersama sepupu perempuannya berusia 18 tahun dipelawa dua lelaki untuk minum bersama sekitar jam 8.30 malam.
Menurutnya, mangsa bersama sepupunya bersetuju dan lelaki terbabit yang dipercayai kenalan mangsa membawa mereka berdua ke sebuah rumah kosong di sebuah taman perumahan.
“Mangsa dipercayai diberikan sejenis minuman memabukkan sehingga mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, semalam.
Baljeet berkata, walau bagaimanapun, sepupu mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan dengan pergi ke rumah mangsa.
“Ayah, abang dan adik mangsa tiba di lokasi kejadian ketika jenayah (rogol) tersebut berlaku.
“Suspek berjaya ditahan sementara seorang lagi melarikan diri. Suspek direman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas. Kes di siasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.
Dalam pada itu, Baljeet turut menegaskan orang ramai terutamanya perempuan untuk tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan ajakan lelaki sama ada kenalan atau tidak lebih-lebih lagi apabila diajak ke kawasan terpencil.
Dalam perkembangan lain, Baljeet dalam Operasi Cegah Jenayah mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati terutamanya ketika musim perayaan ini.
“Jika membawa wang dalam kuantiti yang banyak elakkan berjalan berseorangan dan segera membuat laporan polis jika sedar diekori oleh orang tidak dikenali atau mencurigakan.
“Pengurusan bank juga perlu memainkan peranan mereka untuk menasihatkan pelanggan mereka agar melakukan langkah berjaga-jaga dan tidak cuai sehingga boleh mengundang jenayah,” katanya semalam ketika melakukan operasi tinjauan ke beberapa buah bank di Bandar Port Dickson.
Katanya, orang ramai terutamanya warga emas yang melakukan urusan bank menunaikan cek Bantuan Rakyat 1 Malaysia juga perlu ditemani oleh anak atau kenalan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Posted in: UncategorizedTerima Sambutan Di Maharaja Lawak Mega, Kisah Boboi Bakal Difilemkan?
Kumpulan Boboi yang sejak awal lagi menjadi calon favouritedalam persaingan Maharaja Lawak Mega nampaknya akan mengambil satu lagi langkah bijak.
Boboi di’anggotai oleh Afdlin Shauki & Harun Salim Bachikdari awal lagi sudah mengatakan yang mereka akan membawa jenama Boboi sejauh yang mungkin.
Khabar yang kami terima dari sumber terdekat ini seakan mengiyakan kenyataan yang kita akan terus di’hidangkan dengan telatah lawak Boboi sehingga ke luar gelanggang persaingan Maharaja Lawak Mega.
Boboi di’katakan sudah pun merancang beberapa projek khas setelah tamatnya perjuangan mereka nanti — termasuklah untuk menerbitkan sebuah filem khas mengambil konsep Boboi yang mereka tampilkan.
Kami masih belum menerima sebarang maklumat terperinci tentang hasrat mereka ini namun filem ini pasti’nya menjadi sesuatu yang di’nantikan oleh peminat mereka & juga rakyat Malaysia.
Posted in: ArtisGossip: Harun Salim Bachik Bakal Lepas Jawatan Presiden Seniman Tidak Lama Lagi?
Bukan’nya selalu anda dapat baca gossip berat sebegini dan hari ini ada cerita yang berkaitan dengan kepimpinan Persatuan Seniman.
Sekitar akhir tahun 2009, Harun Salim Bachik telah terpilih melalui undian untuk memegang jawatan Presiden Seniman dan ketika itu mengalahkan Datuk Mustapha Maarof dengan hanya empat undi.
Tahun 2012 merupakan penggal kedua Harun Salim Bachik memegang jawatan Presiden Seniman tetapi ada suara suara yang mengatakan kepimpinan pelawak & pelakon ini seperti tidak berkesan.
Menurut sumber kami, sebenarnya Harun Salim Bachik sendiri kecewa dengan prestasi yang beliau tunjukkan sepanjang memegang jawatan tersebut dan ini termasuk beberapa resolusi yang beliau ingin perkenalkan ketika mula mula menjadi Presiden tidak menjadi kenyataan.
Harun Salim Bachik juga menurut sumber kami berkata ini semua terbantut kerana ada campur tangan pihak ketiga dalam kepimpinan beliau selain ada segelintir ahli persatuan yang masih tidak menyokong beliau.
Naib Presiden Seniman, Shahriza Mahmud yang di’lantik pada masa yang sama sekitar tahun 2009 lalu di’khabarkan kini sudah pun meletakkan jawatan atas isu yang sama di’hadapi Harun Salim Bachik.
Apa tindakan Harun Salim Bachik seterusnya selepas ini? Khabar yang seakan sahih kami terima mengatakan beliau bakal meletakkan jawatan tidak lama lagi dan kini hanya menunggu masa yang sesuai.
credit:rotikaya
Posted in: ArtisSerangga Pelik Serupa Daun
Penemuan seekor serangga yang tidak dikenali menyerupai sehelai daun limau purut menimbulkan tanda tanya kepada Norasmadi Nordin, 45, dan keluarganya.
Serangga berkenaan turut mempunyai urat daun, berwarna hijau pekat dan berlilin di lapisan permukaannya.
Seperti juga saiz daun limau purut, serangga ini mempunyai ukuran lebar 2.5 sm dan panjang 5 sm.
Norasmadi berkata, dia tidak tahu makanan yang diambil serangga itu kerana rumput yang diletakkan dalam sangkarnya tidak berubah seakan tidak pernah dimakan.
Menceritakan penemuan spesies pelik itu, Norasmadi berkata, semasa dia mencuci kereta di rumahnya, tiba-tiba dia terlihat seperti sehelai daun berterbangan atas meja.
“Namun setelah diamati, sangkaan saya meleset apabila bukan daun berterbangan, tetapi serangga menyerupai sehelai daun sedang bergerak,” katanya.
Menurut Norasmadi, serangga ini istimewa kerana sesekali ia mengeluarkan bau wangi seperti limau purut manakala bahagian belakang serangga itu terangkat apabila ia bergerak seperti sehelai daun yang bergulung di hujungnya.
sinar harian
Posted in: PelikPenculik Bogel Terima Padah
PETUGAS media berkumpul sambil berbincang sesama sendiri mengenai kejadian seorang kanak-kanak yang dijadikan tebusan selama enam jam.
KUALA LUMPUR – Siapa sangka keseronokan lapan sekeluarga yang sedang asyik menonton televisyen dicemari insiden berdarah apabila salah seorang daripada mereka dijadikan tebusan oleh seorang lelaki sebelum ‘drama’ itu mencapai klimaksnya dengan suspek mati ditembak polis enam jam kemudian.
Kejadian pukul 10.30 pagi semalam di Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini itu berlaku apabila suspek berusia 34 tahun tanpa seurat benang tersebut dikejar sekumpulan penduduk yang mengesyaki lelaki tersebut hendak mencuri.
Suspek yang buntu untuk melarikan diri kemudian telah menerjah masuk ke dalam rumah mangsa sebelum mengambil pisau di dapur lalu menangkap dan mengacukan di leher seorang kanak-kanak, Fifi Ramadhani Syafrudin, 10.
Enam ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian itu kemudian melarikan diri kecuali bapa mangsa, Syafrudin Marlis, 47. Suspek yang bagikan kerasukan itu kemudian membawa mangsa masuk ke dalam bilik manakala bapanya kekal di ruang tamu.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Posted in: UncategorizedAnak Kedua Serina Redzuawan
Isabella Saffiya telah lahir semalam dengan beratnya 3.3kg. Puteri sulung yang merupakan anak kedua pasangan Serina Redzuawan dan juga Sallahuddin@Gavin ini telah dilahirkan pada hari semalam, 23 Januari bersama hari pertama Tahun Baru Cina. Isabella lahir pada Tahun Baru Cina Tahun Naga ,dan menurut org cina tahun Naga memberi tuah. Wallahualam. Amin.
Serina tidak mengalami kesukaran untuk melahirkan Isabella seperti mana ketika abangnya, Tristan Tareef, 1 tahun 4 bulan dilahirkan dahulu. Tristan dilahirkan pada 13 september 2010, lahir lah putera kami Tristan Tareef dengan beratnya 2.85kg. Nampaknya puteri mereka lebih berat daripada putera sulung mereka. Tahniah buat Serina dan Sallahuddin.
Gambar di bawah kami kongsikan ketika Serina sedang sarat mengandung bersama suami dan putera sulungnya pada 21 Januari 2012.
Chef Wan yang terbang ke Bangkok dan Chiengmai Ahad lalu akan berada di sana selama seminggu untuk menguruskan buku masakan Chef Wan yang seterusnya. All the best Chef Wan dan tahniah kepada Chef Wan.
Komen Chef Wan tentang Isabella yang lahir pada Tahun Baru Cina Tahun Naga ,dan menurut org cina tahun Naga memberi tuah.“Serina dan Gavin called ketika Serina baru keluar dari labour room. Bayinya lebiih besar dari Tristan. Rambutnya lebih tebal lebih putih dan juga punya jari yang sangat panjang dan cantik. Syukur Alhamdulilah as my families were all there to attend to her and the baby. Tidak sangka pula bayi itu dilahirkan tepat pada kiraan masa duenya iaitu Ja23rd. Thank u to Allah once again for his blessing and we will always look after her to be the best untuk agama,bangsa dan negara tercinta. Now Tok Wan nak ke emaiL tengok all the private photos of the delivery being just sent.”
Credit: oh artis
Posted in: ArtisLelong Baucar Buku 1Malaysia Di Internet
PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.Berita lanjut dapatkan naskhah Berita Harian hari ini.
Posted in: UncategorizedMisteri 90 Ikan Paus Terdampar
Pengurus jabatan pemuliharaan serantau, John Mason berkata, kaki tangan jabatan tersebut dan sukarelawan berusaha untuk memastikan kesemua ikan paus itu dapat hidup sehingga air laut pasang bagi membolehkan ia terapung dengan sendiri.
Awal bulan ini, 25 ikan paus terdampar di tepi pantai itu dan 47 lagi dilaporkan mati di kawasan sama kira-kira dua bulan lalu.
Difahamkan, ikan paus pilot tersebut sering ditemui di perairan New Zealand dan insiden itu telah mencetuskan persoalan yang dianggap misteri bagi penduduk setempat.
-Sinar Harian-
Posted in: PelikPokok Pisang Bertandan Empat
MOHD. SAPUAN dan isterinya menunjukkan pokok pisang lemak manis (dalam bulatan) yang mengeluarkan empat tandan pisang di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun, Klang semalam.
KLANG – Sepasang suami isteri di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang lemak manis yang ditanam mereka di atas tanah bersebelahan rumah mengeluarkan empat tandan buah.
Mohd. Sapuan Kamsee, 57, dan isterinya, Asmaniah Tamjis, 51, menyedari kejadian pelik itu ketika membersihkan kawasan tersebut pada Disember tahun lalu.
Menurut Mohd. Sapuan, pada peringkat awal, pokok pisang tersebut hanya mengeluarkan dua tandan pisang namun beberapa hari kemudian, kedua-dua tandan itu bercabang dua dan kesemua empat tandan pisang itu mempunyai jantung masing-masing.
“Ini merupakan buah sulung pokok ini sejak ditanam awal tahun lalu tetapi sebelum ini, tiada pula tanda-tanda aneh akan mempunyai empat tandan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
-Kosmo Online-
Posted in: PelikKaki Bayi Menyerupai Duyung
MAUMERE (Indonesia): Seorang wanita, Maria Elizabeth dari Kampung Garam, Daerah Kota Uneng di Wilayah Sikka, kelmarin, melahirkan seorang anak perempuan yang mempunyai kaki seperti ikan duyung.
Bayi yang diberi nama Maria Oktaviani itu meninggal dunia pada jam 5 petang hari yang sama.
Menurut Maria, ketika usia kandungannya masuk tiga bulan, dia bermimpi seekor ikan duyung datang kepadanya.
Dalam mimpi itu, ikan duyung itu berjanji kandungan Maria akan membawa rezeki yang melimpah untuk keluarganya dengan beberapa syarat.
Yang pertama, Maria mesti menamakan anaknya itu Puteri Duyung.
Kedua, setelah dilahirkan, bayi itu mesti disimpan di dalam bekas. Manakala syarat ketiga, Maria tidak boleh menceritakan perjanjian mereka kepada sesiapa pun.
Kata Maria, sekiranya syarat itu dilanggar, seorang daripada anggota keluarganya akan menjadi korban.
Menurut Maria, dalam mimpi itu, dia telah menolak permintaan untuk menamakan anaknya Puteri Duyung.
“Dalam mimpi itu, kami bertengkar di tepi pantai. Dia meminta saya menamakan anak saya Puteri Duyung tetapi saya menolak. Saya kata dia ikan dan kami manusia,” cerita Maria.
Menurut Maria, dia telah menceritakan mimpinya itu kepada suaminya kerana ketakutan.
Mereka juga telah sepakat untuk menamakan anak mereka ‘Maria Oktaviani’ sekiranya bayi perempuan dan ‘Mario Oktaviano’ sekiranya bayi lelaki.
Cerita Maria lagi, ikan duyung itu cuba untuk menyakinkan dia supaya tidak takut dan berkata bahawa anak dalam kandungannya itu akan membawa rezeki untuk mereka sekeluarga. – Agensi
Posted in: Pelik







