Pesta Mabuk Yahudi – Purim


Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun para penganut agama Yahudi akan menyambut perayaan Purim yang membenarkan mereka mengambil minuman keras sehingga mabuk.
Lebih teruk lagi, pesta mabuk tersebut turut membenarkan para rabbi dan ketua-ketua agama mereka mabuk dan digalakkan meminum minuman keras sehingga lupa diri.
Purim merupakan satu perayaan bagi memperingati kisah dua tokoh mereka Mordecai dan Permaisuri Esther yang menyelamatkan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa pembunuhan besar-besaran oleh Kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Raja Ahasuerus (Xerxes I).
Mordecai dan Permaisuri Esther
Perayaan yang sebelum ini disambut pada setiap hari ke-14 Adar mengikut kalender Hebrew itu kini dipercayai hanya disambut pada hari ke-15 mengikut bulan Hebrew yang sama oleh golongan Yahudi yang tinggal di Jurusalem atau lebih kenali sebagai Baitul Maqdis di Palestin.
Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan ekoran kesannya yang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Di antara riwayat ada yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi yang terpedaya dengan minuman keras sehingga mendorong beliau berzina dan kemudiannya membunuh seorang pelacur kerana takut dosanya diketahui umum. Berikut adalah beberapa keping gambar perayaan Purim yang disambut di sebuah rumah ibadat Yahudi dan sambutan di jalanan di sekitar Jurusalem.






































sumber: zharifalimin.blogspot.com

Rupa kaki penari ballet yang menakutkan!


Penari ballet yang biasa kita lihat selalunya cute-cute jek, dah pasti penari ballet professional melakukan latihan setiap hari. Lebih-lebih lagi bahagian kaki. Pernah tak korang terfikir nak tengok rupa kaki dia? Inilah dia!

Inilah Wajah Terbaru Waris Mahsuri..Wan Aishah


Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi
Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung.
Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas.
Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan.
Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.
Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.
Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.
Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.
Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.
Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.
Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.
Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.
Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.
sumber: mynewshub.my

Taman Neraka Di Thailand Yang Menakutkan


Berhampiran Bangsaen Beach di Chonburi, terdapat sebuah kuil yang dikenali sebagai Wang Saen Suk (วัง แสนสุข) di mana mereka mempunyai taman menarik yang menunjukkan pengunjung dengan sangat jelasnya apa yang akan berlaku kepada mereka jika mereka berbuat dosa. Sebagai contoh, jika anda orang-orang yang dusta, lidah anda akan terjulur keluar dan jika anda mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang lain, anda akan dipaksa untuk memanjat pokok yang berduri. Bayaran masuk ke taman neraka Wang Saen Suk ialah 20 Baht. Ada papan tanda dalam bahasa Thai dan English yang akan menerangkan setiap hukuman ini.
Jom lihat gambar-gambar yang mengerikan di Taman Neraka ini!
sumber: jennykaleyn.blogspot.com

(Video) Suara Tua Alunkan Al-Quran ‘Hilangkan’ Lagu Disko


Firman Allah yang bermaksud ;
“Dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran” Al-Qamar, ayat 17.
Demikian firman yang diturunkan oleh Allah S.W.T mengenai senaskhah Al-Quran untuk diperlajari dan dibaca oleh semua hambanya ketika masih hidup di muka bumi ini.
Setiap ayat yang terkandung dalam Al-Quran mengandungi seribu satu manfaat kepada manusia.
Di sebuah jalan di tengah kota Beirut, Lubnan, seorang lelaki tua yang hanya duduk di sisi jalan begitu asyik mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran walaupun keadaan di sekelilingnya bising dengan bunyi lagu-lagu dari pub dan disko di sepanjang jalan Hamra.
Lelaki tua itu langsung tidak menghiraukan orang ramai yang lalu lalalng di situ dan hanya tetap dengan mengaji sahaja.
Malah, perbuatannya itu menarik perhatian orang yang lalu lalang di sepanjang jalan Hamra.
Jalan Hamra adalah salah sebuah jalan utama di sekitar kota Beirut, Lubnan. Jalan Hamra menjadi tumpuan ramai rakyat Lubnan menyebabkan pelbagai kemudahan seperti cafe, teater, dan restoran-restoran mewah dibangunkan.
Namun begitu, jalan Hamra tidak seperti tempat-tempat yang lain di sekitar Lubnan.
Masjid mahupun surau sukar ditemui manakala pub, disko dan tempat mencacah tatu boleh ditemui di merata-rata tempat.
Tujuan Al-Quran diturunkan adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan.
Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah S.W.T. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan.
“Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”Al-Syams, ayat 7-10.
sumber: mynewshub.my

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story