Budak maut akibat tertembak di kepala selepas kenduri


Budak maut akibat tertembak di kepala selepas kenduri
KOTA BHARU – Gara-gara menyangkakan ia pistol mainan, seorang kanak-kanak tujuh tahun mati akibat tertembak di dahi manakala bapa saudaranya cedera parah dalam kejadian pada pukul 9 malam kelmarin di rumah neneknya di pekan Ketereh dekat sini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Muhammad Faris Faisal Hisham yang baru menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik datuk saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di Johor selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di pekan itu.
Beliau berkata, turut terkena tembakan di dada ialah bapa saudara mangsa, Mohd. Hilmi Ghazali, 31, seorang pembantu tadbir di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.
Mohd. Hilmi yang cedera di dada akibat terkena tembakan berkenaan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan keadaanya dilaporkan stabil.
“Mangsa menemui senjata api tersebut yang disangka pistol mainan lalu memetik picu dan tertembak di dahi menembusi kepalanya sebelum terkena Mohd. Hilmi yang berada di belakang mangsa.
“Melihat mangsa cedera, ahli keluarga mangsa mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Ketereh untuk rawatan tetapi disahkan sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini semalam.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story