Jom kita intip awek pakai tuala


siapakah gerangan awek ini yang cuba mengoda jejaka ini?


kelihatan dia cuba menjatuhkan tualanya...
mari kita siapah gadis ini...
v
v
v
v
v


oooo..rupanya ko ye yang buat suspen je....sumber

Sanggupkah Anda Menerima Awek Cun Sebagai Pasangan Anda Setelah Lihat Badannya?


Adakah Anda Sanggup Ber'Couple' Dengan Gadis Ini?
Kalau dilihat pada rupanya, memang boleh tahan tetapi bila tengok tangannya, errr agak kurang menarik eh. Tetapi bagi admin, mungkin admin sanggup 'couple; dengan dia . hehe. Tetapi apa kata korang? Dan cuba fikir apa kata orang tua bila tengok anak dia dengan gadis dengan tangan macam itu.


 
 
sumber : suarapeople

Wajah Chubby Lebih Awet Muda


 
 
BANYAK perempuan yang beranggapan bahawa tubuh ramping akan membuat mereka nampak lebih muda. Namun, hasil kajian terbaru malah bertentangan dengan itu. Disebutkan, perempuan berusia di atas 40 tahun akan terlihat lebih muda apabila memiliki wajah yang chubby.

Kesimpulan itu didapati setelah para peneliti membandingkan 186 pasang orang kembar identiti. Ditemukan, penambahan berat badan pada perempuan boleh membuat mereka terlihat lebih muda empat tahun.

Ketua kajian ini Dr Bahaman Guyuron berkata, "Penampilan seseorang boleh dipengaruhi genetik dan faktor lingkungan." Kerana orang kembar identiti memiliki penampilan serupa, maka untuk memperkirakan usia mereka boleh dilihat dari faktor eksternal seperti gaya hidup. Untuk itu, peneliti lalu mengalkulasikan indeks massa tubuh setiap pasangan kembar.

"Mereka yang memiliki indeks massa tubuh yang  lebih malah terlihat lebih muda dua-tiga tahun. Ini ditemukan pada perempuan berusia 40 tahun ke atas," kata Guyuron seperti dikutip The Telegraph.

"Semakin banyak lemak di wajah, terutama di pipi, Anda akan semakin mendapatakan wajah lebih muda," kata Rajiv Grover, konsultan bedah plastik di Secretary of the British Association of Aesthetic Plastic Surgery. "Sebaliknya, diet berlebihan yang menyebabkan wajah menjadi cengkung akan membuat penampilan nampak lebih tua."

Terlebih, jelasnya, bagi mereka yang menjalani diet secara tidak konsisten hingga tercipta efek yo-yo. Tak hanya akan membuat lemak di wajah hilang, tapi juga membuat kulit yang tadinya meregang menjadi mengendur kemudian meregang kembali sehingga garis wajah di hidung dan mulut serta rahang akan terlihat lebih jelas dan tampak seperti kedutan. Maka itu, bersyukurlah mereka yang berwajah chubby!sumber

Gila! Apa akan jadi kepada wajah awek ini? Lihat didalam!

Perubahan Logo Microsoft Windows Dari Versi 1 Hingga 8 (2 Gambar)

Info ringkas.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa logo Microsoft Windows yang sebelum ini berwarna merah, hijau, kuning dan biru telah berubah menjadi warna biru pada Windows 8. Sebenarnya logo ini diinspirasikan daripada logo pertama Windows 1.0.

P/s: ini adalah kali pertama aku melihat logo Windows 1.0. Terima kasih internet. Haha.

Serangan Si Comel: Apabila Burung Membuli Anak-Anak Kucing

Burung pembuli. Tunggulah hari pembalasan apabila kucing-kucing ni dah besar. Haha.




Tibe2Jam6Petang 

Nak Prank Awek Anda Dengan "Cincin" Ini? (5 Gambar)

Nak Prank Awek Anda Dengan "Cincin" Ini?

Will you marry me? Eh, Ini bukan cincin perkahwinan tetapi....






AkuStressGiler 

Mengapa Kita Perlu Tidur?

Beri peluang otak berehat

Tiada siapa yang tahu jawapan sebenarnya tetapi terdapat teori yang mengatakan bahawa tidur dapat memberikan badan peluang untuk membaiki otot dan tisu, melambatkan penuaan serta menggantikan sel yang mati. Selain itu, tidur juga memberikan otak peluang untuk menyusun dan menyimpan ingatan. Mimpi merupakan sebahagian daripada prosesnya. Tidur juga merendahkan penggunaan tenaga, jadi kita hanya perlu makan tiga kali sehari berbanding empat atau lima.


Menurut ScienceNews Online, kucing yang tidak tidur akan mengeluarkan lebih banyak adenosin (sejenis bahan kimia yang memainkan peranan penting dalam proses biokomia badan terutama dalam pemindahan tenaga). Tidur adalah satu cara mengecas semula otak menggunakan adenosin sebagai isyarat bahawa otak perlu berehat.

Apabila rembesan adenosin mempengaruhi aktiviti otak, peningkatan kepekatan bahan kimia ini akan membakar simpanan tenaga dan perlu direhatkan buat sementara waktu. Biasanya, paras adenosin dalam otak meningkat semasa sedar dan menurun ketika tidur. Dengan tidur lena pada malam hari, kita akan berasa segar dan bersedia untuk hari baru.

Sumber:  Blog Rilek-Rilek 

Bangunan Berbentuk Bakul (3 Gambar)

Basket Building

Sekiranya anda merancang berkunjung ke Ohio, Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat ini, jangan ketinggalan melawat ke ibu pejabat sebuah syarikat pembuat bakul, Longaberger Basket Company yang terletak di Longaberger Town, Newark.


Cadangan itu mungkin kedengaran tidak menarik, namun percayalah, anda pasti kagum tatkala melihat reka bentuk bangunannya lantaran ia diiktiraf sebagai antara yang paling kreatif, unik dan menakjubkan di AS.

Sejarah bangunan yang dikenali sebagai Basket Building itu bermula apabila pengasas syarikat itu, Dave Longaberger memasang impian untuk membina sebuah pejabat berbentuk sebuah bakul gergasi. Ketika dia menyuarakan idea tersebut, banyak pihak yang beranggapan ia sebagai satu gurauan memandangkan Dave sendiri seorang yang suka berlawak.

Bukan sahaja pihak institusi kewangan, arkitek, syarikat pembinaan tidak menganggapnya sebagai serius, malah dalam kalangan kakitangan syarikat itu juga. Bagaimanapun, beliau tetap dengan pendiriannya atas alasan, Basket Building berupaya menarik perhatian masyarakat di samping mengukuhkan jenama syarikat itu.


Mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, impian Dave akhirnya terlaksana pada Disember 1997, apabila bangunan itu diperkenalkan buat pertama kali kepada umum. Berkeluasan sehingga 16,722 meter persegi dan dibina di atas tapak seluas 10 hektar, bangunan itu mempunyai berat sekitar 8,000 hingga 9,000 tan.

Ia turut dilengkapi dua tangkai pemegang di bahagian atasnya yang diperbuat daripada tembaga seberat kira-kira 150 tan. Sebaik sahaja ia siap, ibu pejabat Longaberger Basket mula menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan warga AS malah para pelancong dari seluruh dunia yang kagum dengan keunikan rekaannya.


Pada tahun 1998, ia telah menerima Anugerah Pembinaan Ohio disebabkan sistem plaster sintetik yang digunakan. Di bahagian dalamnya juga menitikberatkan tata rias dalaman yang moden dan kontemporari. Sebuah tangga besar, piano dan lantai marmar yang berkilau hanyalah sebahagian daripada tarikannya. Di samping itu, lukisan-lukisan mewah dan galeri yang memaparkan sejarah keluarga Longaberger yang mengusahakan perniagaan itu sejak tahun 1919 turut dipamerkan.

Wajah Pelakon James Bond Dulu Dan Sekarang (6 Gambar)

Agen 007

Berikut adalah gambar terbaru pelakon yang pernah menjadi agen 007 dalam filem James Bond disamping gambar ketika mereka membintangi filem popular tersebut.







Seni Origami & Bayang-Bayang (4 Gambar)

Pada tahun 2011, artis seni terkenal, Kumi Yamashita telah mendapat kepercayaan syarikat American Express untuk membuat karya seni yang unik untuk ditempatkan di lobi pejabat mereka di Tribeca, New York.


Beliau pada awalnya menjemput semua pekerja American Express untuk mengambil bahagian dalam projek seninya dengan mengambil gambar profil mereka. Namun disebabkan ruang yang disediakan hanya mampu memuatkan 22 helaian sahaja, Kumi terpaksa memilih 22 wajah sahaja untuk karya yang bertema Light & Shadow itu. 

Kemudian beliau menggunakan cahaya dan bayang-bayang serta mencipta origami yang apabila cahaya dipancarkan kearahnya, ia akan menunjukkan bentuk wajah sebenar seseorang!




Blog Rilek-Rilek 

Sejarah Penciptaan Lampu Isyarat

Bermula dengan tanglung

Lampu isyarat pertama telah dicipta sebelum kenderaan moden seperti kereta diperkenalkan. Ketika itu jalan raya digunakan oleh pejalan kaki, wagon dan kereta kuda. Dipasang di tengah kota London pada 1868, ia menggunakan tanglung yang berputar dengan isyarat merah dan hijau. Merah maknanya berhenti dan hijau berhati-hati. 


Tanglung yang menggunakan kuasa gas itu akan berubah warnanya dengan seorang anggota polis akan memantau operasinya. Pada 2 Januari 1869, lampu isyarat itu meletup dan mencederakan seorang polis yang sedang menjalankan tugas menyelenggara. Dengan kemunculan kenderaan, situasi semakin rumit.

Pegawai Polis Detroit, Michigan, Amerika Syarikat, William Potts bercadang untuk membuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Lalu Potts mengadaptasikan lampu isyarat di jalan keretapi bagi kegunaan jalan raya. Beliau menggunakan isyarat keretapi berwarna merah, kuning dan hijau dan membelanjakan USD37 (RM40.66) untuk wayar dan kawalan elekrik bagi lampu isyarat pertama di dunia. 

Lampu isyarat empat hala dengan tiga warna telah dipasang pada 1920 di persimpangan Woodwart dan Michigan Avenue di Detroit. Dalam masa setahun, Detroit telah dipasang dengan 15 lampu automatik baru.

Taman Tema Angry Birds Dibuka Di Finland (28 Gambar)

Angry Birds Land 

Rovio Entertainment, pengeluar game Angry Birds yang mencetus fenomena di seluruh dunia telah membuka sebuah taman tema yang berkonsepkan permainan popular itu di Finland. Taman tema yang baru dibuka ini dinamakan Angry Birds Land dan merupakan sebahagian daripada Särkänniemi Adventure Park di Tampere. Di sini terdapat 12 jenis permainan, laluan kembara dan ruang makan yang dilihat lebih menumpukan pelancong daripada kalangan kanak-kanak dan keluarga. Disney in the making?





















 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story