Hujan lebat sepanjang hari yang melanda Kuala Lumpur semalam menyebabkan beberapa kawasan di’sini di’naiki air.
Dan, kenapa kami menulis sudah semacam penyampai berita kaji cuaca. Rotikaya HQ juga hampir hampir di’tenggelami air.
Penyanyi juga sekarang pelakon, Shila Amzahmenerima nasib yang kurang baik malam tadi apabila terkandas lebih 12 jam akibat banjir di Hulu Langat.
Menurut tulisan Shila Amzah di Twitter, beliau bersama beberapa ahli keluarga yang juga di’temani Sharnaaz Ahmad telah tersangkut di’jalanraya di sebuah kawasan apabila air mula naik dan menenggelamkan kereta yang mereka naiki untuk sesi makan malam.
Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad dan mereka yang ada terpaksa bermalam di’atas sebuah lori yang tidak berbumbung dan mengharungi hujan lebat sepanjang malam & hanya keluar dari kawasan itu lewat pagi ini.
Anda boleh membaca kisah lanjut pengalaman Shila Amzah di Twitter rasmi beliau (@ShilaAmzah) & alhamdulillah mereka yang terlibat telah selamat untuk pulang ke rumah masing masing hari ini.
0 comments:
Post a Comment