Assalamualaikum dan Hai buat pembaca blog KursusPerkahwinan.Com saya.
Fuh, dah ‘berhabuk’ juga kan blog saya ni tak di-update. Maaf sangat-sangat kerana saya kurang update sejak hujung-hujung tahun ni. Almaklumlah, banyak kerja terpaksa disiapkan.
Tapi tak mengapa, hari ni saya sempat nak buat satu perkongsian bersama anda. Perkongsian saya kali ini memang saya yakin ianya boleh memberi manfaat buat anda khususnya dari segi rohani & hubungan anda sesama pasangan anda.
Ok, perkongsian saya kali ini ada kaitannya dengan tajuk blog post kali ini.
Saya pasti tentu anda sebelum berkahwin dulu pernah melalui saat-saat manis dalam percintaan. Betul tak?
Kini setelah mendirikan rumahtangga adakalanya perasaan cinta itu kian pudar. Tak ‘sehangat’ seperti dulu-dulu.
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
Mudah sahaja sebenarnya … caranya ialah dengan teruskan amalan yang anda lakukan ketika anda bercinta dulu-dulu.
Anda perlu mengamalkan tips-tips yang betul dalam bercinta walaupun setelah berkahwin bertahun-tahun lamanya.
Tak tahu nak dapatkan idea serta tips-tips tersebut?
Di sinilah tujuan utama apa yang yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ianya adalah mengenai sebuah blog salah-seorang sahabat saya ini. Blog yang dimaksudkan blog PakarCinta.Com
Dalam blog ini anda boleh ketahui pelbagai tips, panduan serta artikel berilmiah untuk anda terus kekalkan perasaan cinta bersama pasangan tersayang anda walaupun anda sudah berkahwin.
Yang paling saya suka dan bagusnya blog ini ialah, ia lebih menekankan percintaan dari segi ajaran Islam.
Itu yang pentingnya. Percintaan yang berlandaskan Islam adalah percintaan yang mendapat rahmat Allah dalam masa yang sama ianya lebih berkekalan InsyaAllah.
Antara topik-topik artikel tentang percintaan yang dikongsikan dalam blog ini adalah:-
- Kuliyyah Cinta
- Semanis Cinta
- Persoalan Cinta
- Motivasi Cinta
Anda boleh lihat senarai lengkap tajuk-tajuk artikel yang telah dikongsikan dalam blog ini di laman berikut -> Senarai Artikel Blog PakarCinta.
Ok, saya pun taknak la berbicara panjang-lebar lagi. Saya nak anda terus layari blog PakarCinta dan dapatkan pelbagai tips percintaan yang boleh anda terus amalkan.
Selamat Membaca dan semoga rumahtangga anda terus ‘hangat’ seperti zaman cinta dulu-dulu
\
0 comments:
Post a Comment