Katy Perry – Russel Brand Bercerai


Selepas hanya 14 bulan bergelar suami isteri, Katy Perry dan pasangannya Russel Brand mengumumkan berita perceraian mereka kepada dunia. Russel Brand di dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media mengesahkan perkara ini.
Pun begitu pasangan ini tidak mendedahkan perkara sebenar perceraian mereka. Namun ramai menjangkakan Russel Brand sebagai penyebab peceraian kerana dia sememangnya dikenali seorang kasanova.
Bibit-bibit perpisahan mereka sudah dapat dihidu oleh media apabila kedua-duanya menghabiskan perayaan Krismas baru-baru ini di lokasi berbeza dan mereka juga dilihat sudah tidak mengenakan cincin perkahwinan lagi.
sumber : mediahiburan

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story