Buat Lagak Ngeri Sampai Mati (VIDEO)!!!

Salam sejahtera... Karl Wallenda (January 21, 1905 – March 22, 1978) ialah pengasas The Flying Wallendas, sebuah kumpulan keluarga lagak ngeri pejalan tali. Wallenda diketahui sebagai seorang pejalan tali tanpa jaring keselamatan yang sering melakukan aksi yang menimbulkan rasa seriau.


Di sepanjang kariernya, Wallenda telah telibat dengan pelbagai tragedi melibatkan keluarganya sewaktu membuat persembahan, tetapi beliau terselamat. Dia terus membuat persembahan kerana itu ialah apa yang dia sukai. Pada 1978, pada umur 73, Wallenda cuba berjalan di antara dua menara 10 tingkat Condado Plaza Hotel di San Juan, Puerto Rico.

Wallenda gagal mengimbangI badannya apabila angin bertiup lebih dari 48 kilometer sejam. Keluarga Wallenda bagaimanapun mengatakan tragedi itu berlaku kerana 'kesilapan pada wayar', bukannya angin. Seorang krew filem WAPA-TV di San Juan telah merakamkan tragedi itu, dan video itu yang menampilkan narasi Guillermo Jose Torres penuh emosi, telah disiarkan di seluruh dunia.


p/s: ni namanya bunuh diri... SUMBER

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story