Sekali baca memang pelik berita dari kosmo neh. Tapi kalau baca tajuk jek memang rasa pelik. Kalau baca isi penulisan takde lah pelik mana pun. Jururawat pun nak mencuri. Ingatkan pengangur apa seme. Ada kerja tetap tue lagi. Aizhhh macam2 larh sekarang neh.
Tapi kan ada satu benda yang aku rasa cam musykil dalam isu neh. Baca dulu berita kat bawah neh ;
Seorang jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya di sini pada minggu lalu
Bagaimanapun, tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor. Zubaidah didakwa melakukan perbuatan tersebut di pasar raya Giant Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC) di Jalan Parit Dalam di sini pada pukul 2.30 petang, 3 April lalu.
Selain satu kotak seluar dalam jenama Edwin, Zubaidah turut didakwa mencuri dua helai baju-T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, sepasang selipar jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style milik pasar raya tersebut.
Difahamkan nilai keseluruhan barangan yang didakwa dicuri jururawat itu sebanyak RM190.82. Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500. Bagaimanapun, Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan.
“Saya banyak hutang, tanggungan ramai, saya mohon wang jaminan dikurangkan,” kata Zubaidah yang difahamkan sudah berkahwin.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan menetapkan 30 April ini untuk sebutan kes. Sementara itu, Zubaidah dilihat sudah berada di mahkamah sejak pagi.
Zubaidah menutup mukanya dengan tangan apabila jurugambar mahu merakam wajahnya. Dia membayar wang jaminan. -KO-
Time nak bayar wang jaminan sanggup je sampai rm3,800 ek? Mungkin juga dia pinjam duit orang. Tapi time nak shopping kat pasaraya apa seme.. kena bayar rm100jek tak sanggup pula nak pinjam kawan or tunggu gaji masuk?
Tue larh aku cakap pelik sket berita neh. Ingatkan takde duit nak bayar wang jaminan sebab dah mencuri.. rupanya ada. Adoooiiii. Kalau tak mampu tue tunggu gaji je lah baru nak membeli apa seme. Sekarang dah kantoi mencuri.. sapa yang malu kalau bukan diri sendiri dan keluarga. Sabar banyak2 moga zuraidah berubah ye. Sama2 doakan si zuraidah tue.
sumber
0 comments:
Post a Comment