Kakak Maulana AF8 Mengaku Isteri Kedua Sham Kamikaze?


Sudah lumrah dunia selebriti, ada sahaja yang menggemparkan. Di awalnya kami diamkan sahaja dahulu, sehinggalah mendapat respon kedua belah pihak. Topik ini sedang hangat diperkatakan di sana sini. Jadi kami terpanggil untuk berkongsi luahan hati, Sham Kamikaze yang mengatakan dia difitnah. Kalau pernikahan ini benar, apasalahnya. Ahamdulillah. Dapatlah Sham bimbing isteri keduanya dan kami ucapkan tahniah. Tetapi jika tidak, nama Sham Kamikaze mesti dibersihkan.
Ini kisah  kakak kepada Maulana (bekas pelajar Akademi Fantasia Kelapan – AF8), yang bernama Nurul Halimin Md Salleh, 32 yang mendakwa dia merupakan isteri kedua Sham Kamikaze yang sah. Untuk pengetahuan anda, Sham sudah beristeri. Farazila namanya. Tetapi hingga saat ini berita pernikahan Sham dengan Nurul Halimin Md Salleh masih menjadi tanda tanya.

Sham dan isterinya, Farazila
Sham Kamikaze merupakan seorang gitaris yang sekarang ini adalah seorang pendakwah, telah menafikan perkara ini dan meminta semua pihak menghentikan FITNAH mengenainya.
“Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah. Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?” Katanya.
Komen Maulana AF8 tentang penikahan kakaknya bersama Sham.
“Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen. Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya.”
Pasangan itu didakwa berkahwin pada 16 Januari lalu dan perkahwinan mereka masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama Sham iaitu Farazila kerana ianya dirahsiakan.
Sumber terdekat keluarga Maulana dan Nurul Halimin berkata -
“Memang benar Sham dan Halimin sudah bernikah tetapi kenapa dia masih lagi menafikan hal tersebut? Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum agar ia tidak menimbulkan fitnah? Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah.”
Apapula komen Nurul Halimin sendiri?
“Sebelum berkahwin, macam-macam janji yang dia katakan kononya ingin menjelaskan perkahwinan itu kepada isteri pertamanya, Farazila, tetapi sehingga kini wanita itu belum diberitahu lagi.”
Nurul Halimin yang merupakan seorang ibu tunggal beranak satu tertekan dan terasa diabaikan kerana sikap Sham yang tidak bercakap benar dan menyembunyikan status perkahwinan mereka.
Tapi yang menjadi tandatanya kami, MENGAPA INI BERLAKU?
Tambah lagi Nurul Halimin mendakwa masih belum mendapat surat nikah berkenaan dan sedang tercari-cari saksi yang menyaksikan pernikahan mereka. Gambar mesti ada? Boleh je tunjuk gambar sebagai bukti.
Dari penelitian kami, Nurul Halimin atau Min ni boleh tahan seksi meksinya dan bahasa digunakannya ‘power’. Cuba tengok bawah ni :
Melalui komen di bawah, nampaknya marah benar Nurul Halimin dengan isteri Sham, Farazila. Sabarlah sikit…
Kerana kes-kes sebeginilah pihak Jabatan Agama dari hari ke hari menambah syarat dan procedur perkahwinan kerana mahu mengelakkan permasalahan sebegini. Jangan ambil mudah!
OH ARTIS: JERNIHKANLAH KEADAAN. BENDA BAIK JANGAN DIBURUKKAN. BERDAMAILAH SEBAB DAH MEMANG HALAL DAN SAH. KALAU TIDAK BENAR, SHAM CEPATLAH CARI BUKTI. UNTUK MEMBERSIHKAN NAMA ANDA.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story