VIDEO: Awek Parah ‘Diterbangkan’ Tujahan Angin Jet!




Kalau anda nak tahu, Princess Juliana International Airport adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Pulau St Maarten.

Pulau ini pula khabarnya dikongsi dua buah negara iaitu Perancis dan Belanda.

Lapangan terbang ini terkenal di dunia kerana terlalu dekat dengan Pantai Maho.

Orang yang berkelah di pantai berkenaan sentiasa teruja melihat kapal terbang yang terbang di ‘atas kepala’ mereka apabila pesawat itu memasuki kawasan lapangan terbang.

Lapangan terbang ini juga unik kerana landasannya sangat pendek, hanya kira-kira 2,130 meter.

Disebabkan itu, difahamkan para juruterbang terpaksa menggunakan pemanduan manual setiap kali mendarat disini.

Kerana keunikan itu jugalah, peminat kapal terbang di seluruh dunia sentiasa berkumpul di situ untuk merakamkan saat-saat pesawat terbang rendah betul-betul atas atas kepala mereka.

Menyedari risiko yang terpaksa dihadapi pengunjung pantai, banyak papan tanda AMARAN diletakkan namun ia jarang dipedulikan.



Video di bawah sebagai buktinya  !!


0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story