Penyeludup Janin Bayi Emas Ditangkap Polis



Seorang warga Inggeris keturunan Taiwan ditangkap oleh pegawai-pegawai keselamatan Thailand di Kota Bangkok. Lelaki itu menyeludup enam janin bayi yang berwarna emas di begnya.

Hok Kuen Chow ditangkap di Kota Yaowarat setelah polis mendapati keenam janin tersebut. Janin-janin itu dipercayai masih berumur dua hingga tujuh bulan, dan akan dijual ke Taiwan melalui laman internet. Demikian, seperti diberitakan Daily Mail, Minggu (20/5/2012).

Lelaki berusia 28 tahun itu mengaku, dirinya membeli janin-janin bayi yang telah dibakar dan dicat emas. Chow membelinya dengan harga 200 ribu Baht. Janin-janin itu akan menghasilkan keuntungan besar di Taiwan kerana warga Taiwan menggunakannya sebagai jimat keuntungan.

Sehingga hari ini, polis belum menemukan siapa yang menjual janin berlapis emas itu ke Chow. Sementara itu, Polis mengesyaki, janin-janin itu merupakan korban dari ritual ilmu hitam Kuman Thong, yang marak di Thailand.

Kuman Thong merupakan ritual pengguguran di Thailand, namun setelah janin itu diangkat dari rahim, janin itu tidak dibakar. Setelah itu, janin terus disaluti oleh cat berwarna emas.

Pada masa ini Chow terancam vonis satu tahun penjara atas tuduhan simpanan jasad manusia. Bila memang terbukti bersalah, chow akan dikenakan denda bernilai ribuan baht.



0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story