Punca Syaleza Jaafar Mati Akibat Dijerut Dan Bukan Kerana Bunuh Diri. Sebelum ni, kita dikejutkan dengan kematian misteri eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 dimana mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai akibat gantung diri. Berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
Susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan. Suspek akan direman petang ini. Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam. Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis. Syazleza adalah anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun.
Sumber: Punca Syaleza Mati Akibat Dijerut Dan Bukan Gantung Diri | melvister.com
0 comments:
Post a Comment