Syed Adney Enggan Komen Soal Cinta Siti Saleha


Syed Adney Enggan Komen Soal Cinta Siti Saleha
KUALA LUMPUR : Menafikan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon cantik Siti Saleha, penjaga gol pasukan Sabah, Syed Adney,26, bertegas tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai gosip berkenaan.
Bagaimanapun, Adney memberitahu isu berkenaan adalah kisah lamanya bersama Siti Saleha.
“Saya minta maaf. Saya tidak mahu komen tentang gosip itu. Kisah ini sudah lama habis. Saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Apapun, saya menafikan dakwaan tersebut.
“Sebelum ini pun, saya hanya berkawan saja dengan dia dan langsung tidak mempunyai hubungan cinta seperti yang telah digembar-gemburkan.
“Saya tidak mahu cerita lebih-lebih kerana ianya adalah cerita privasi saya. Saya ni pun bukannya siapa-siapa. Saya hanya orang biasa,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Dalam pada itu, Adney yang sebelum ini sering menjadi pilihan untuk menjadi penghias kulit majalah turut menafikan dirinya kini merajuk dengan media tempatan.
“Tiada apa-apa berlaku kepada diri saya dengan media. Mungkin mereka tidak memanggil saya untuk sebarang sesi fotografi kerana saya menetap di Sabah.
“Sebelum ini saya ada terbaca mengenai nama saya yang tersenarai sebagai pemain bola paling kacak di Malaysia. Saya tiada apa nak komen.
“Saya hanya berterima kasih dan terima saja pandangan orang terhadap saya,” ujarnya.
Menyentuh mengenai perkahwinan, adik kepada pelakon Sharifah Sofea ini masih belum terfikir lagi untuk menamatkan zaman bujang.
“Saya tidak tahu lagi bila mahu kahwin. Biar Tuhan saja yang menentukannya. Apa yang saya tahu, saya kini kena lebih fokus memandangkan pasukan saya berada dalam keadaan tidak berapa baik.
“Saya akan buat yang terbaik. Insya-Allah, tahun ini saya akan beraya di Kuala Lumpur memandangkan keluarga saya berada di sana,” jelasnya. – Murai

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story