Benarkah ?? Kita Jatuh Cinta 4 Kali Seumur Hidup

Empat dari 10 orang jatuh cinta pada seseorang, namun cintanya tidak berbalas. 

Berapa jumlah bekas kekasih anda? Mungkin anda akan menjawab dua, lima, bahkan mungkin 10. Namun, jumlah bekas kekasih ternyata tidak menunjukkan berapa kali anda jatuh cinta. Menurut kajian Opera North, rata-rata orang jatuh cinta empat kali dalam hidupnya.

Hasil kajian opera company ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan orang memutuskan untuk bernikah pada usia 27 tahun, dan 33 peratus berkahwin dengan cinta pertama mereka. Namun, empat dari 10 orang mengaku berkahwin dengan kekasih kedua, dan 61 peratus orang menyesal kerana membiarkan hubungan dengan cinta pertamanya pergi.

Seperti yang dialami kebanyakan orang, usia 20-an adalah waktunya mencari pasangan (tepatnya mencari cinta), terlihat dari lapan dari 10 orang mengalaminya. Kemudian, empat dari 10 orang jatuh cinta di usia 30-an, dan bahkan pertiga daripada 2,000 orang yang disurvei masih mencari cinta di usia 40-an. Sepertiga orang juga mengaku pernah jatuh cinta dengan lebih daripada satu orang pada masa yang sama.


Sayangnya, kita juga harus menghadapi kenyataan. Terbukti, empat dari 10 orang jatuh cinta pada seseorang, tetapi cintanya tidak berbalas. Sepertiga orang yang disurvei pernah berniat kembali dengan bekas kekasih, tetapi hanya satu daripada tiga yang berjaya melakukannya.

Yang menarik, terungkap juga bahawa 41 peratus orang mengalami "cinta terlarang" kerana jatuh cinta dengan orang yang seharusnya tidak mereka miliki, seperti rakan kerja, rakan baik, orang asing, bahkan orang tua teman. Ya, kita tidak boleh memilih dengan siapa kita jatuh cinta, bukan (demikian menurut 77 peratus orang yang disurvei)?

1 comments:

mulut murai said...

jom exchange link dengan blog minghuiraingerz!

Restoran McDonalds Pertama Di Dunia, Richard Dan Maurice

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story