Enggan Komen Hubungan Cinta Anaknya

Yusof Haslam

Nampaknya pendedahan yang dibuat Ammar Alfian mengenai perhubungan cinta yang terjalin di antara bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof turut mengheret sama nama Datuk Yusof Haslam.
Ini kerana pihak media pantas menghubunginya meminta komen dan seperti yang dijangka produser filem tersohor itu enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.
“Saya tidak mahu komen apa-apa berkaitan hubungan ini.
“Sebagai orang yang dewasa, Syamsul mempunyai hak untuk membuat pilihan hidup, cuma buat masa ini saya mahu dia segera menyiapkan kerjanya dahulu,” jelasnya.
Datuk Yusof turut menyatakan, buat masa ini, Syamsul sedang berada di Bangkok untuk menyiapkan filem KL Gangster 2 dan mahu anaknya terus fokus dengan kerjanya tanpa melayani gosip-gosip yang timbul itu.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story