Pegawai Polis Parah, Isteri & 2 Anak Maut Kemalangan

Maut Kemalangan

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai polis cedera parah manakala isteri dan dua anaknya maut dalam kemalangan di Km 27 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Wakaf Tapai awal pagi Selasa.
Superintendan Ghazali Daud, 49, yang bertugas di Unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman memandu bersama keluarga apabila kenderaan pelbagai guna yang dinaiki, hilang kawalan dan terbabas ke sisi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi.
Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa ketika mengesahkan kejadian itu berkata akibat kemalangan itu isteri Ghazali, yang dikenali sebagai Haniza, 40, serta dua anak mereka, Ahmad Fahmi Izzudin, 12, dan Nur Aliah Adibah, 10, maut.
Lima lagi anak mangsa Ahmad Firdaus Izzudin, 11, Nur Aliah Afifah, 7, Nur Aliah Atikah, 6, Aina Yusro, 3, dan Akilah Husna, tujuh bulan, dilaporkan turut cedera.
Jamshah berkata semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Berang, Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan lanjut. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story