Semalam bekas kekasih Puteri Sarah Liyana, Ammar Alfian ada membuat pendedahan mengatakan aktres itu kini sedang hangat bercinta dengan pengarah muda, Syamsul Yusof.
Walau bagaimanapun, menerusi portal Gua, Sarah menafikan perkara itu dan menganggap tindakan Ammar itu sebagai tidak matang.
” Saya dah penat denga semua ini. Dia ada bukti ke nak tuduh saya bercinta dengan Shamsul?
” Apa yang dia buat ni merupakan satu tindakan yang tidak matang,” ujar Sarah.
Selain itu, pelakon manis ini juga enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana dia enggan memburukkan sesiapa dalam hal ini.
“Saya dah ‘move on’. Dia pun dah ada teman wanita. Saya dah malas nak fikir mengenai perkara yang keluar dari mulut dia tentang saya,” jelasnya lagi.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment