Pelakon Maznah Zolkifli menafikan dirinya merupakan wanita yang dikatakan merampas suami kepada kawan baiknya sendiri dan mendakwa cerita itu adalah fitnah semata-mata.
Bercakap kepada Kosmo, Maznah menyatakan, “saya minta maaf, saya sudah cakap saya memang tidak mahu langsung memberi komen tentang perkara itu.
” Memang saya sangat terkejut dan saya telah difitnah. Saya bakal mengambil tindakan selanjutnya ke atas kes ini”.
Sebelum ini masalah rumah tangga aktres Noniswara dikatakan retak selepas suaminya, Datuk Rosman Ridzwan dilaporkan bercinta dengan kawan baiknya sendiri.
Namun, sepanjang membuat kenyataan kepada pihak media, Noniswara tidak pernah mendedahkan siapa wanita tersebut sehinggalah sebuah akhbar mingguan menyiarkan nama serta indentiti Maznah sebagai pihak ketiga itu.
Kita tunggu saja nanti apa tindakan yang bakal diambil oleh Maznah terhadap kes ini dan jika benar ini merupakan satu fitnah, diharapkan Maznah sentiasa bersabar dan tabah dengan gosip yang menimpanya itu.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment