KANGAR – Sebanyak 250 belia hari ini berkonvoi dengan menunggang motosikal ke seluruh Perlis bagi mempromosikan Festival Belia Perlis 2013 yang dijadual berangsung selama tiga hari bermula 14 Jun ini.
Mereka membawa sepanduk dan kad jemputan untuk diagihkan kepada orang ramai terutama golongan belia bagi menghadiri festival yang akan berlangsung di perkarangan Stadium Utama Kangar.
Pengarah Belia dan Sukan Perlis, Syamsul Tahrin Mohd. Tahir dan Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs), Shamsul Munir Bidin secara bersama melepaskan peserta konvoi itu di pekarangan Kompleks Belia dan Sukan Perlis di sini.
Peserta konvoi yang terdiri daripada anggota persatuan-persatuan belia yang bergabung di bawah MBNPs itu akan berkonvoi lebih 100 kilometer dan akan singgah di beberapa lokasi termasuk Padang Besar, Arau, Gua Kelam dan Kangar bagi mempromosikan festival itu.
Shamsul Munir berkata, Festival Belia Perlis 2013 dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Perlis serta MBNPs dan ia akan diisi dengan festival kebudayaan Islam, autoshow, pameran dan beberapa acara sukan termasuk futsal, bola jaring, sepak takraw dan paintball.
Beliau berkata festival itu bakal dihadiri kira-kira 5,000 belia seluruh Perlis dan pada festival itu mereka akan turut berpeluang mendapat maklumat dan pendedahan berkaitan kerjaya. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment