Singapura Ketatkan Undang-Undang Siber

Singapura

SINGAPURA – Singapura yang merupakan salah sebuah negara berpengaruh di dunia ini sudah bersedia untuk melaksanakan peraturan media baru.
Langkah yang diambil itu dilihat sesetengah pihak sebagai usaha menyekat kebebasan media dan penyebaran maklumat.
Menurut undang-undang, media online di negara itu perlu memohon lesen di bawah Lembaga Pembangunan Media dan perlu membayar deposit sebanyak AS$ 39,500 (RM122,141).
Selain itu, media online turut tertakluk kepada undang-undang iaitu perlu menarik semula berita yang tidak menyenangkan dalam masa 24 jam.
Setakat ini 10 laman web telah tertakluk dalam syarat lesen terbaru itu termasuk Yahoo Singapura manakala sembilan lagi merupakan laman web tempatan.
Pihak berkuasa turut mengandaikan laman web negara luar lain juga turut akan tertakluk di bawah peraturan sama mulai tahun hadapan.
Menteri Penerangan dan Komunikasinya, Yaacob Ibrahim berkata, langkah yang diambil ini merupakan peraturan ringan dan tidak membebankan.
“Adalah penting untuk kita mengawal laman web di negara ini dan berita di laman web perlu mematuhi piawaian minimum yang kita tetapkan,” katanya. – Sinar Harian Online

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story