DBKL Tolak Permohonan Adakan Himpunan “Black 505” Di Padang Merbok

DBKL Tolak Permohonan Adakan Himpunan “Black 505” Di Padang Merbok

PETALING JAYA – Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan daripada penganjur perhimpunan “Black 505” untuk mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun.
Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib pada Isnin bagaimanapun berkata, beliau terbuka untuk bertemu dengan Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai kemungkinan untuk mengadakan perhimpunan di kawasan yang lebih tertutup, di mana katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk meluluskannya.
“Terdapat beberapa sebab kenapa kami memutuskan untuk menolak permohonan terbaru mereka selepas mengadakan pertemuan dengan polis.
“Pertamanya ialah Padang Merbok sudah pun disewakan oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk mengadakan Larian Olimpik pada 23 Jun.
“Mereka memerlukan padang itu sehari sebelumnya untuk persediaan logistik untuk majlis mereka. Dan mereka telah memohon lokasi itu pada akhir tahun lepas,” katanya kepada para pemberita pada Isnin.
Ahmad Phesal berkata, beliau turut mengambil pertimbangan mengenai padang itu, yang terletak di sepanjang Jalan Parlimen, yang merupakan penghubung jalan utama seperti Jalan Hishamuddin, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja.
“Jalan Raja merupakan salah satu jalan utama yang menyokong kebanyakan jalan dalam dan luar bandar. Maka adalah sebaik-baiknya bagi kami untuk menasihatkan mereka untuk mengadakannya di kawasan tertutup bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, memandangkan majlis mereka akan berlangsung dari pukul 11 pagi sehingga 6 petang.
“Kebanyakan peniaga turut membuat permohonan untuk membuka gerai pada hari berkenaan, maka kami perlu memastikan mereka diberikan kawasan yang bersesuaian untuk beroperasi. Kawasan terbuka seperti Padang Merbok tidak sesuai untuk mereka,” katanya.
Ketiganya, Datuk Bandar menyuarakan kebimbangan bahawa perhimpunan itu mungkin akan menjejaskan landskap Jalan Parlimen di mana katanya, ia telah dicantikkan dengan pelbagai jenis tanaman.
Bagaimanapun, Ahmad Phesal berkata, beliau terbuka untuk duduk berbincang dengan wakil Pakatan Rakyat pada 14 Jun untuk membincangkan mengenai perjanjian bersama mengenai lokasi baru perhimpunan itu.
Kedua-dua DBKL dan polis telah memberikan lampu hijau untuk perhimpunan itu, cuma lokasinya sahaja tidak dipersetujui.
“Mereka sepatutnya mempertimbangkan lokasi tertutup, seperti sebuah stadium yang mereka lakukan di Selangor,” katanya, sambil menamakan Stadium Titiwangsa dan Stadium Merdeka sebagai pilihan mereka.
DBKL menolak permohonan daripada para penganjur “Black 505” untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 22 Jun, sambil mengatakan padang itu perlu bersedia untuk penganjuran Larian Olimpik pada hari berikutnya. – Mstar.com.my

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story