Amy Search Kecil Hati Dengan Nabila Huda? – Jika semalam, penyanyi rock negara, Amy Search menyifatkan kemalangan menimpa anaknya, Nabila Huda dan cucunya, Keisha merupakan petanda kecil dari Tuhan untuk Nabila.
Pada hari ini pula, isteri Amy Search, Nourish Hassan mendedahkan suaminya pernah meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana anaknya itu tidak pulang menjenguknya pada sambutan Aidilfitri lalu.
“Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf,” katanya yang dipetik menerusi portal Murai.
Jelasnya, suaminya itu lebih berkecil hati apabila Nabila berkongsi gambarnya beraya di rumah kenalannya di Singapura.
Tambahnya lagi, pada pagi sebelum Nabila terlibat dalam kemalangan, Amy ada meluahkan kesedihannya dan bertanya adakah Nabila sudah lupakan dia selepas berada di puncak kerjaya sebagai artis
“Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit sebanyak akan berubah,” ujar Nourish lagi.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment