Nora Danish Terkejut Dengar Isu Skandal Adi Putra



Nora Danish Terkejut Dengar Isu Skandal Adi Putra – Sekitar tahun lalu, nama pelakon jelita, Nora Danish pernah dikatakan mempunyai kaitan dengan krisis rumahtangga yang melibatkan aktor kacak, Adi Putra dan isterinya, Aida Yusof.
 Nora Danish Terkejut Dengar Isu Skandal Adi Putra
Mengulas mengenai isu skandal yang melanda Adi Putra baru-baru ini, Nora menyatakan dia terkejut dengan perkara tersebut dan mengakui menghantar SMS kepada Adi dan isterinya agar terus tabah menghadapi masalah berkenaan.
“Bila saya dapat tahu pasal ini, saya terkejut. Saya ada SMS Abang Adi dan Kak Aida. Saya minta mereka supaya tabah dan kuat hadapi semua ini,” ujarnya yang merasa tidak percaya terhadap kontroversi tersebut.
Jelasnya, dia turut menantikan keputusan siasatan yang dijalankan polis berkenaan isu itu.
“Bagi saya, saya tidak percaya dan biarlah pihak polis meneruskan siasatan mereka. Saya pun dah pernah melalui situasi di mana orang fitnah saya. Saya faham perasaan Abang Adi dan Kak Aida lalui sekarang,” katanya.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story