Nora Danish Sifatkan Anak-Anak Penentu Jodohnya Dengan Nadem - Umumnya tahu pelakon jelita, Nora Danish sedang intim berkawan dengan Nadem namun sehingga ke hari ini meraka tetap mengakui sedang mengenali antara satu sama lain.
Menurut Nora, dia tidak kisah apabila peminat mengatakan dirinya sedang bercinta dengan Nadem dan dia tidak akan mencanang perkara tersebut melainkan ianya benar-benar terjadi.
“Saya tak salahkan orang kalau mereka kata kami bercinta. Tapi bagi saya, saya tak mahu bercakap lebih-lebih tentang hal itu sebab selagi tak ada kepastian, saya tak mahu hebahkan. Lainlah kalau dah betul-betul kami nak kahwin nanti baru saya kongsikan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Nora turut mengakui sering berjumpa dengan Nadem disebabkan urusan perniagaan ditambah pula rumah mereka berdekatan.
“Lagipun kami memang kerap berjumpa kerana rumah kami dekat. Keluarga saya dengan keluarga dia berkawan baik. Anak kami pun selalu bermain sama-sama. Kiranya nanti anak-anaklah yang tentukan jodoh kami,” ujarnya.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment