Sukar Buat Pilihan, Nabila Huda Sambut Raya Dengan Rakan – Jika semalam, kami kongsikan luahan hati Amy Search yang disampaikan oleh isterinya yang mengatakan Amy terasa hati kerana anaknya, Nabila Huda tidak pulang beraya baru-baru ini.
Menurut Nabila Huda atau lebih mesra disapa dengan panggilan Abil menyatakan dia menerima undangan untuk menyambut Syawal baru-baru ini dari ibu kandungnya di Klang dan juga bapanya, Amy Search yang pulang ke kampung di Johor. Disebabkan itu, dia binggung untuk membuat keputusan.
“Dek kerana sukar untuk membuat pilihan di antara kedua-duanya, akhirnya saya pun memilih untuk bertukar angin dan beraya di negara jiran, Singapura bersama rakan-rakan saya. Boleh tahan meriah juga sambutan di sana,” ujar Nabila Huda kepada portal Murai.
Dalam pada itu, dia turut memaklumkan ada menghantar SMS ucapan selamat hari raya dan memohon maaf kepada bapanya tetapi hingga ke hari ini tiada balasan diterimanya. Malah dia juga gagal menghubungi bapanya itu.
“Tapi, tidak mengapa kerana jika diizinkan Tuhan, saya dan Keisha boleh sambut raya bersama mereka di tahun akan datang,” tambahnya lagi.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment