Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat untuk permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah dibuka sejak 23 Disember lalu sehingga 31 Januari depan. Pemohon boleh mengemaskini maklumat BR1M secara online dengan melayari laman web Hasil atau terus ke capaian eBr1m.
Berikut adalah perubahan yang dilakukan terhadap pemberian BR1M:
- Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 dan ke bawah sebulan akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.
- Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 hinga RM4000 sebulan akan diberikan nilai bantuan sebanyak RM450.
- Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk golongan bujang berumur 21 tahun dan berpendapatan RM2000 dan ke bawah sebulan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
Saya tak pasti sama ada korang pun mengalami masalah login ke laman Br1m atau tidak. Saya sendiri telah mengemaskini maklumat pada 23 Disember lalu tetapi selepas dua tiga hari, laman web eBr1m tidak dapat dibuka. Mungkin trafik terlalu tinggi kot. Oh ya, untuk pengemaskinian secara online, anda akan diminta untuk menyediakan maklumat bank sebab dengar kata, pemberian Br1m tahun ini akan disalurkan terus ke akaun bank pemohon.
SHAH ALAM - Lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baru masih belum mendaftar untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 tahun ini.
Menurut sumber, mereka yang layak diminta segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum akhir bulan ini bagi memudahkan golongan berkenaan untuk menerima perlindungan caruman Takaful i-BR1M.
Katanya lagi, 70 peratus yang belum lagi mendaftar itu mempunyai dimana pendapatan sekitar RM3,000 ke RM4,000, manakala 35 peratus lagi belum mempunyai akaun bank.
Kerajaan kini sedang memperhalusi caruman takaful i-BR1M dengan Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat insurans untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Untuk itu penerima BR1M 3.0 diminta tidak melewat-lewatkan pendaftaran sekali gus selain berharap agar kerajaan tidak melanjutkan tarikh pendaftaran itu.
Tahun ini, kerajaan menjangkakan 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M 3.0 dengan peruntukan RM4.5 bilion berbanding RM3 bilion untuk BR1M 2.0.
Sementara itu, hanya 4.4 juta daripada 6.8 juta penerima sedia ada telah mengemas kini maklumat nombor akaun bank, manakala 2.4 juta lagi masih belum berbuat demikian. - Sinar Harian
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment