Cinta Wan Zack Haikal & Zzati Akhirnya Terlerai Kerana Keluarga


Cinta Wan Zack Haikal & Zzati Akhirnya Terlerai Kerana Keluarga | Nampaknya hubungan cinta pemain bolasepak kebangsaan Wan Zack Haikal dan kekasihnya Zzati akhirnya terlerai jua kerana salah faham keluarga.

Cinta Wan Zack Haikal & Zzati AKhirnya Terlerai Kerana Keluarga

Menerusi laporan akhbar Pancaindera hari ini, hubungan cinta mereka yang terjalin sekian lama akhirnya putus pada Oktober 2013 selepas keluarga Wan Zack melemparkan pelbagai tuduhan yang menjatuhkan maruah Zzati dan keluarganya.

Mengakui memegang akaun bank dan jadual harian Wan Zack, Zzati turut menafikan yang dirinya telak melakukan pecah amanah.


Malah Zzati mengakui keputusan ini adalah kehendaknya dan bukan dipengaruhi sesiapa. Tuduhan berat lain yang dilemparkan kepadanya ialah kononnya dia menggunakan bomoh untuk menundukkan Wan Zack. Kata Zzati yang juga merupakan seorang penyanyi:-
"Saya tidak akan kembali dengan dia lagi. Sampai hati mereka tuduh saya pisau cukur. Saya masih waras. Tahu hukum agama. Buat apa nak guna bomoh untuk menundukkan Wan Zack. Saya tak buat kerja gila macam itu.

"Saya buat macam ini bukan sebab nak memalukan Wan Zack. Saya bukan jenis gila publisiti. Tapi ini melibatkan maruah keluarga.

"Saya pun hanya mula bercerita mengenai hubungan kami selepas Wan Zack memberitahu mahu bertunang awal tahun lepas. Itu bermakna dia mahu jalinkan hubungan yang serius dengan saya. Cuma saya tak mahu (bertunang) rupa-rupanya ada hikmah tersendiri.
Menerusi laman Instagramnya Zzati menulis,
Kini segalanya telah terjawab. Terlebih dahulu, Zzati ingin memohon maaf kepada semua pihak media kerana sudah lama mengelakkaan diri dari anda semua. Dua bulan Zzati mengelak dr media, tak mahu menjawab apa2 persoalan kerana inilah. Mencari kekuatan untuk berdiri semula. Segala apa yg ada di paper hari ni, sebenarnya ibarat menepuk air ke dalam dulang, alih2 kena diri sndri jugak. Tapi, inilah ceritanya. Bukan berniat nak aibkan sesiapa tapi niat utk tebus balik maruah keluarga saya. Sejahil jahil saya dan keluarga, tak terfikir nak buat semua benda bodoh tu. Harap jangan ada lagi yang bertanyakan atau mengaitkan lagi saya dan dia. Segalanya sudah berakhir dan pengakhirannya sangat 'terbaik' . Ya Allah, apa pun aku bersyukur kerana kau tunjukkan segalanya awal. Syukur Alhamdulillah.
Dalam pada itu, tinjauna dilaman Twitter mendapati ramai yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada Zzati. Didoakan, semoga Zzati menemui seorang yang lebih baik satu hari nanti.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story