Penyanyi Selena Gomez yang dijangka membuat persembahan sulungnya di Malaysia pada 26 Januari ini telah membatalkan konsert tersebut atas faktor kesihatan.
Bukan sahaja konsert di sini dibatalkan, sebaliknya turut merangkumi konsert jelajahnya di Australia dan seluruh negara Asia yang terpilih.
Ini kerana, Selena dikatakan menghidap penyakit lupus atau nama penuhnya lupus eritematosus sistemik yang menyebabkan sisterm imunisasi badan menyerang sel sihat mengakibatkan kesan terhadap sendi, kulit, ginjal, sel darah, jantung dan paru-paru.
Selena terpaksa mengambil keputusan itu walaupun dia berasa sangat berat hati untuk menghampakan harapan peminatnya.
“Peminat saya terlalu istimewa dan saya tidak langsung ingin menghampakan mereka, bagaimanapun selepas beberapa tahun mementingkan kerjaya, saya dan keluarga percaya tiba masanya saya memfokuskan terhadap diri sendiri untuk berusaha mencari serta menjadi yang terbaik,” kata penyanyi berusia 22 tahun itu.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment