BULAN depan bakal berlangsungnya perkahwinan kedua buat bekas suami pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan bersama pilihan hatinya, Zarema Zainal.
Antara persiapan pemain bola sepak ini termasuklah dari segi busana perkahwinannya yang ditempah dari butik Cosry.
Menerusi laman Instagramnya, Aidil telah memuatnaik gambarnya bersama pereka fesyen, Putra Aziz dengan ‘caption’ berbunyi: “Fitting at Cosry with Abg @putraaziz_cosry.”
Rasanya, mungkin perkahwinannya bakal diraikan dengan penuh meriah kerana sudah mendapat restu keluarga berbanding sebelum ini.
Apa pun, diharap Aidil walaupun sudah berkahwin tidak akan melupakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anaknya hasil perkahwinan sebelum ini.
Oleh: ELZA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment