AGAK lama juga kita tidak mendengar cerita pelakon jelita Julia Ziegler, sementelah dia agak jarang muncul di kaca televisyen sekarang.
Rupa-rupanya, dalam diam dia kini sedang hangat bercinta dengan jejaka yang juga sahabat karibnya sebelum ini, memetik laporan OHBULAN!.
Menurut Julia, dia dan kekasihnya sudah lama mengenali antara satu sama lain sebelum dia bergelar artis lagi.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa dia enggan mendedahkan identiti jejaka itu, ini jawapannya:
“Buat masa sekarang, biarlah kami macam ini. Saya tak mahu nampak beriya-iya macam sesetengah artis yang bercinta secara terang-terangan. Kalau tak jadi nanti, akan memalukan saya dan keluarga juga. Cuma doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya.
Kami yakin para peminat Julia sudah tidak sabar untuk menanti berita gembira mengenai pelakon kesayangan mereka ini.
Harapnya kalau mahu bernikah nanti, jangan sorok-sorok pula seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa artis lain sebelum ini ya…
Oleh: ELZA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment