Mokhzani Mahathir, Keluarga Mendiang Chong Jual Saham SapuraKencana RM818 Juta

Mokhzani, Keluarga Mendiang Chong Jual Saham SapuraKencana RM818 Juta

PETALING JAYA – Datuk Mokhzani Mahathir dan keluarga mendiang Chong Hin Loon merupakan penjual 190.3 juta blok saham dalam SapuraKencana Petroleum Bhd, demikian menurut sumber.
Pembelinya dikatakan terdiri daripada tujuh gabungan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Daripada 190.3 juta saham, Mokhzani menjual sebanyak 90 juta sementara keluarga Chong menjual baki sebanyak 100 juta.
Jualan diniagakan pada harga RM4.30 sesaham dengan keseluruhan nilai jualan adalah sebanyak RM818.29 juta.
Harga berkenaan adalah selepas diskaun 2 peratus sebelum harga ditutup semalam iaitu sebanyak RM4.40.
Mokhzani masih mempunyai 714 juta saham dalam SapuraKencana manakala keluarga Chong mempunyai baki kira-kira sebanyak 10 juta.
Beliau muncul sebagai pemegang saham sebanyak kira-kira 15 peratus dalam SapuraKencana selepas Kencana Petroleum Bhd berganbung dengan SapuraCrest Petroleum Bhd pada 2012.
Tahun lalu Mokhzani berhadapan beberapa kontroversi selepas pelaburan peribadinya dalam Kencana Capital Sdn Bhd berakhir dengan pegangan hampir 15 peratus dalam satu lagi pembekal perkhidmatan minyak dan gas, Yinson Holdings Bhd.
Walau bagaimanapun akhir tahun lalu, Mokhzani melepaskan jawatan eksekutif di SapuraKencana namun hanya kekal sebagai pengarah bukan eksekutif.
Chong yang berusia 65 tahun meninggal dunia Oktober lalu.
Beliau adalah seorang profesional minyak dan gas yang berpengalaman.
Pada 1982 beliau menubuhkan HL Engineering yang kemudiannya ditukar kepada Kencana Petroleum selepas Mokhzani melabur dalam syarikat itu pada 2001. – The Star

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story