‘Pendekar’ Mana Salah Guna Jata Negara Ni?

Gambar: Ada 'Pendekar' Salah Guna Jata Negara

Jata negara merupakan salah satu lambang kebesaran kerajaan Malaysia.
Bagi yang tidak tahu, jata yang menjadi simbol negara terdapat gambar bulan sabit, bintang, keris, harimau dan bunga raya padanya.
Ia digunakan dalam pelbagai urusan rasmi dan kadangkala disemat pada pakaian mahu pun kenderaan milik agensi rasmi kerajaan.
Disebabkan perana dan imej yang dibawanya, maka penggunaan jata negara tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
Biasanya jata negara hanya digunakan pada kenderaan milik kerajaan Malaysia.
Dibimbangi jika tidak dipantau penggunaan jata negara, beginilah jadinya…. sebuah kereta dikesan meletakkan ayat “Pendekar Negara Malaysia” di bawah gambar jata negara yang ditampal pada pintu.
Mungkin individu yang melakukannya cuma mahu bergurau tetapi tidak sepatutnya lambang kebesaran negara dijadikan modal berlawak mahu pun meninggi diri seperti ini.
Kalau nak kata kereta milik jabatan kerajaan, rasanya takkanlah mahu bergurau sampai begini kan?
Atau individu berkenaan merasakan dia terlalu hebat hingga boleh sesuak hati menggunkan jata negara pada keretanya.
Diharapkan, ini bukan satu lagi kes penyalahgunaan jata negara.
Pihak berkuasa perlu memantau tindakan seperti itu kerana ia boleh mewujudkan kekeliruan dalam masyarakat andai dibiarkan berluasa-  REM RAMZI (mynewshub)

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story