MENCETUSKAN persoalan apabila gambar Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam barisan Perdana Menteri di perkarangan ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, dikatakan tidak dinyalakan.
Menerusi pautan gambar yang dimuat naik oleh Facebook Saya Sayang Tun Mahathir Mohammad, gambar bersaiz besar itu dikatakan ‘ghaib’ seketika walhal kesemua gambar bekas Presiden UMNO yang lain termasuk Datuk Seri Mohd Najib dilihat terang benderang.
Maka, rata-rata netizen pun mulalah menyifatkan perkara tersebut berlaku disebabkan tindakan Tun M menyerang Perdana Menteri mengenai isu 1MDB.
Namun hal yang sebenarnya bukanlah begitu.
Menurut pihak pengurusan PWTC, connecter penyambung bekalan elektrik kepada gambar tersebut didapati terputus menyebabkannya menjadi malap untuk seketika.
Malah menjelang jam 1 pagi Khamis, gambar Tun M ‘muncul’ bersinar kembali sama seperti gambar yang lain. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq
Komen
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment