Video: Drama Waktu Berbuka, Aunty “Kerek” VS Mak Guard


VIDEO perbalahan antara seorang wanita dengan pengawal keselamatan yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Mira Aslan Selcouth beberapa hari lalu mula menjadi viral.
Ianya mendapat perhatian meluas kerana terdapat adegan tampar menampar di antara dua wanita terbabit.
Menurut sumber, perbalahan berpunca daripada isu parkir kereta yang berlaku di Pearl Avenue, Kajang.
Wanita itu dikatakan telah memarkir kenderaannya di kawasan larangan selepas mengalih dan melanggar kon yang diletakkan di situ.
kereta.jpgwm
Kereta dipercayai milik wanita yang terbabit dalam pergaduhan dengan pengawal keselamatan.
Akibat daripada tindakan itu, dia ditegur oleh pengawal keselamatan yang berakhir dengan pertikaman lidah.
Sumber mendakwa, wanita terbabit telah menghambur kata cacian berbaur perkauman kepada pengawal keselamatan itu sebelum ditampar.
Mira.pngwm
Penjelasan saksi mengenai perbalahan yang berlaku.
Wanita yang dikatakan mungkin berada dalam keadaan mabuk itu dilihat cuba menampar pengawal keselamatan itu terlebih dahulu namun hanya terkena rambutnya.
Rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan wanita terbabit yang bersikap kurang ajar hingga pengawal keselamatan itu hilang sabar.
komen.pngwm
Apa pun, kedua-dua belah pihak mungkin mempunyai salah masing-masing dan moral daripada kejadian ini adalah masyarakat majmuk tak mungkin dapat bersatu padu kalau tidak menjadikan “budi bahasa budaya kita”. – MYNEWSHUB.CC



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story