Perempuan Psiko Nak Ludah Muka Ariz Forteen Kalau Bertembung


SUSULAN isu seorang perempuan misteri menuduh pengacara Zulin Aziz membomohkan salah seorang ahli kumpulan Forteen iaitu Ariz Lufias, kini timbul pula sekuel kisah tersebut.
Rupa-rupanya, Ariz menerima nasib serupa dengan rakan baiknya itu. Akui Ariz, dia sering diganggu seorang wanita misteri yang gemar meninggalkan komen yang boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti.
Cerita Ariz lagi, perempuan sama juga pernah menghubunginya melalui panggilan telefon namun tidak bercakap walau sepatah pun dan hanya mendiamkan diri apabila diangkat.
Memetik kenyataannya dalam portal Murai, “Saya pun pelik dan terkejut, wanita yang sama juga pernah menghubungi saya tetapi bila bercakap di talian dia diam dan tidak bercakap apa-apa. 
Zulin-Aziz-Dan-Ariz-Lufias-Forteen-Bertunang4
Tambah menakutkan, perempuan ‘psiko’ itu turut mengugut mahu meludah muka Ariz sekiranya mereka bertembung di luar.
“Kehidupan saya ini diganggu berlarutan hampir tiga tahun, sehinggalah sampai satu tahap saya buat tak tahu, dia mesej saya yang berbunyi “kalau aku jumpa kau di luar, aku ludah muka kau”.”
Ariz berkata, individu tersebut juga pernah menganggu rakan-rakannya yang lain iaitu Amir dan Wan kerana tidak berpuas hati dengannya.
“Saya pun tak tahu kenapa, saya ni baik hati sangat tak buat laporan polis mengenai kes ini, sebelum ini kalau dia tak puas hati ganggu saya, dia akan ganggu ahli forteen yang lain. Orang yang sama juga akan komen dekat Instagram Amir dan Wan cakap yang bukan-bukan, saya agak trauma tetapi inilah harga yang saya perlu bayar untuk bergelar selebriti, sabar sahajalah yang mampu saya buat.”
Kesian betul nasib yang menimpa Ariz dan Zulin Aziz ni. Sudahlah yang seorang difitnah melakukan perbuatan syirik, seorang lagi pula nak diludah ke muka.
Rasanya, dah tiba masa untuk Ariz membuat laporan polis agar perkara-perkara tak diingini dapat dielakkan. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Zulin Aziz Bertunang Dengan Aris Forteen?



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story