KUALA LUMPUR – DAP bersikap melampau dalam keghairannya mahu meraih merit politik daripada isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada barisan Kabinet semalam.
Parti chauvinis itu bersikap biadap kerana cuba menyamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin Nazi, Adolf Hitler hanya kerana Najib mengumumkan pembentukan Kabinet baharu.
Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP, Steven Sim Chee Keong dalam satu kenyataan menuduh langkah Najib itu kononnya sama dengan kekejaman yang pernah dilakukan Hitler dalam parti Nazi.
“Pada Jun 1934, Hitler melancarkan Pada melancarkan pembersihan ke atas pegawai-pegawai parti Nazi yang menunjukkan tanda-tanda tidak setia . Membunuh hampir seratus yang lain. Kejadian itu digelar sebagai `Night of the Long Knives’.
“Dalam nada yang sama, Najib `memecat’ Timbalan Perdana Menteri dan beberapa menteri. Tarikh 28 Julai 2015 `Night of the Long Knives’ Najib,” tuduhnya hari ini.
Tuduhan Chee Keong itu ternyata tidak berasas kerana Najib semalam memaklumkan, keputusan menggugurkan Muhyiddin satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa dilakukan demi membentuk sebuah jemaah menteri yang lebih satu dan berpasukan.
Malah, cuma empat menteri Kabinet yang turut digugurkan iaitu Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri G. Palanivel dan Datuk Dr Ewon Ebin untuk membentuk sebuah barisan Kabinet baharu yang lebih mantap untuk memacu negara.
– MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment