Digigit ‘Raja’ Nyamuk, Muka Lelaki Bengkak Macam Belon


WAJAH seorang lelaki di China didakwa bertukar seperti belon selepas digigit oleh seekor ‘raja’ nyamuk di tempat kerjanya.
Menurut laporan media tempatan, muka lelaki yang dikenali sebagai Zhang, 30, sudah membengkak selama 2 bulan sehingga dia tidak boleh membuka matanya.
Zhang yang berasal dari Jiangsu mendakwa digigit nyamuk bersaiz 20 kali ganda daripada biasa pada 26 Mei lalu dan dia telah mencubit bahagian digigit tersebut untuk menghilangkan gatal.
Namun, kesannya telah mengakibatkan bahagian mukanya mengembung seperti belon.
Dia telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor tidak dapat mengubatinya. Zhang disahkan menghidap neonatal scleroderma yang menyebabkan permukaan mukanya mengeras dan menebal.
wm5
Walau bagaimanapun selepas menjalani ujian darah, doktor mendapati organ dalaman serta tubuh badan lelaki tersebut berada dalam keadaan stabil dan percaya gigitan nyamuk itu yang menyebabkan tindak balas sedemikian berlaku.
Doktor menasihati Zhang untuk menekap mukanya dengan benda sejuk untuk mengurangkan bengkak yang terhasil. – MYNEWSHUB.CC


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story