SEORANG warga emas atau nenek yang berusia 70 tahun ini telah menjadi sensasi internet di China kerana minatnya dalam aktiviti tarian tiang.
Berbeza dengan aktiviti kebiasaan yang dilakukan kebanyakan orang tua, nenek yang dikenali sebagai Dai Dali dan berasal dari Chengdu, wilayah Sichuan ini sering membuat latihan tarian tiang di dalam biliknya sendiri.
Mula berjinak-jinak dengan tarian tersebut sejak 4 tahun lalu, kini Dai Dali mampu membuat gerakan yang tidak mampu dilakukan oleh segelintir anak muda sendiri.
Wanita hebat itu juga pernah menyertai beberapa pertandingan serta menjadi juara sebuah pertandingan tarian tiang di negaranya.
Gambarnya bergayut serta berpusing di atas tiang besi telah menjadi viral serta mendapat perhatian netizen yang langsung tidak menyangkakan kehebatan bakat yang dimiliki warga emas itu.
Dai Dali berharap masyarakat akan mula menyedari keunikan serta kelebihan menari tiang ini.
“Ia adalah satu tarian dan bukannya tarian lucah. Seluruh ahli keluarga saya menyokong tindakan saya ini.
“Saya mahu buktikan usia bukan penghalang sekiranya kita lakukannya secara berterusan,” katanya kepada sumber. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment