Tips Paling ‘Hampeh’ Untuk Mengisi Minyak Penuh



ADUH, nampaknya masih ada jenis manusia yang bersikap terlampau ingin berjimat cermat ni.
Menerusi sebuah video yang kini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, seorang lelaki telah melakukan aksi luar biasa terhadap keretanya sewaktu mengisi minyak.
Lelaki India berkenaan menghenjutkan keretanya beberapa kali demi memberikan ruang lebihan untuk mengisi minyak keretanya sehingga penuh.
Tindakan ‘bijak’ lelaki terbabit bukan sahaja menyebabkan si perakam terpaksa menunggu dengan penuh sabar, bahkan netizen yang melihat video berkenaan turut memberikan kritikan kepada pelaku.

Melalui video, kedengaran dialek Negeri Sembilan daripada perakam yang jelas amat berang dengan tindakan individu terbabit.
“Cam ni punya orang pun ado, dah penoh dah la, bingai betul la. Dah penuh tu dah la, cukup la, ekau nak tuang macam mano lagi.
“Haih, di honjot-honjot ketonye dah ha, entoh apo-apo entah, ambil la duit balancetu,” ujar perakam.
Mungkin tindakan perlaku terbabit ingin memastikan minyak yang diisi betul-betul penuh tetapi apa yang pasti dia telah menyusahkan pengguna lain ketika berada di stesen minyak.
Seorang pengguna memberi ‘idea’ agar individu terbabit menggunakan sahaja tong balang air bagi memastikan setiap minyak yang diisi dapat dipastikan.
“Ada juga orang macam ni…menyusahkan orang lain. Jika macam tu baik guna tong air letak dalam bonet lagi senang lihat bila dah penuh,” ujar Abdul Kadir Saat. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story