Showing posts with label Perdana Menteri Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri Malaysia. Show all posts

Isu tempat duduk Najib: 'Itu istana punya kerja, bukan saya' - Tun Mahathir


Isu tempat duduk Najib: 'Itu istana punya kerja, bukan saya' - Tun Mahathir

MAHATHIR: Saya tidak tahu dan saya tak nampak apa-apa pun.
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak terlibat dalam penentuan kedudukan tempat duduk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Negara semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lepas.

Perdana Menteri berkata urusan berkaitan kedudukan tetamu dan jemputan ke istiadat itu dikendalikan pihak Istana Negara.

"Saya tidak tahu dan saya tak nampak apa-apa pun, itulah tempat dia kot. Itu istana punya kerja bukan saya," katanya kepada media di sini selepas menghadiri Majlis Jamuan Malam Amal dan pelancaran Tabung Jasamu DiKenang Ex-Kota Bharu Teacher's College, di sini, malam ini.
Dr Mahathir ditanya mengenai dakwaan Najib bahawa beliau tidak dapat hadir ke istiadat itu setelah menerima panggilan pada 6.30 pagi bahawa tempat duduknya yang sepatutnya di tempat ke-10 sebagai bekas perdana menteri mengikut protokol istiadat ditukar pada saat akhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.

Menurut Najib, pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas perdana menteri tidak sama dan beliau tidak sempat untuk mengambil pakaian istiadat Orang Besar Pahang dari Pekan, Pahang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang Pengerusi Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, dilaporkan berkata tempat duduk Najib pada istiadat itu telah ditetapkan dan tidak dialihkan pada saat akhir seperti didakwa.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS,) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bahawa ahli GPS dijemput oleh beliau untuk mengadakan 'pertemuan rahsia'.

Katanya, memang beliau ada membuat pertemuan dengan pemimpin Sarawak namun enggan memperincikan siapa yang membuat jemputan berkenaan.

" Saya dah jumpa dengan dia (pemimpin Sarawak), tidak ada rahsia pun," katanya.

-- BERNAMA



















































































Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Najib Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu AS, Trump

Najib Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu AS, Trump

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada calon Parti Republikan, Donald Trump atas kemenangannya yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45.

Najib dalam satu kenyataannya menyatakan kemenangan Trump adalah disebabkan mendengar rayuan rakyat yang mahu melihat AS kurang mencampuri hal ehwal luar negara.
“Pendekatan beliau terhadap rakyat AS yang ketinggalan, mereka yang ingin melihat kerajaan lebih tertumpu kepada kepentingan dan kebajikan rakyat.
“Juga kurang mencampuri hal ehwal asing yang terbukti membelakangkan kepentingan AS sendiri, berjaya membawa Trump ke Rumah Putih,” katanya.
Trump
Dalam kenyataan itu, Najib turut menyifatkan bahawa kejayaan Republikan dalam pilihan raya kali ini ‘luar biasa’ di mana, Trump membuktikan amalan pengundian pendapat dan ulasan media ternyata adalah salah.
“Kejayaan Trump menunjukkan ahli-ahli politik tidak boleh ambil mudah pengundi. Undian pendapat dan tokoh-tokoh politik, semua memandang ringan atas kekuatan sokongan beliau,” katanya lagi.
Pada akhir ucapannya, Najib berharap dapat meneruskan kerjasama negara ini dengan AS di bawah pimpinan Trump sekali gus mengimpikan peluang untuk bertemu dengan jutawan terkenal itu. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Perdana Menteri Malaysia Umum Jawatankuasa Khas Ekonomi Dibentuk.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR – Sebuah jawatankuasa khas ekonomi akan dibentuk bagi memastikan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan ekonominya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Objektif jawatankuasa ini adalah untuk memastikan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan yang sudah kita bangunkan sejak 2008, menjana kemakmuran dan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.
“Butiran (pembentukan jawatankuasa) ini akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” kata Perdana Menteri semasa melancarkan Persidangan Percukaian Kebangsaan (NTC) 2015, di sini pada Selasa.
Najib berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini sangat kukuh, dan kerajaan akan terus memastikan rekod baik itu sentiasa dikekalkan.
Namun berikutan ketidaktentuan dan cabaran semasa, Najib berkata beliau menyedari sepenuhnya kedudukan ekonomi domestik, selain perkembangan dan sentimen kewangan dan ekonomi dunia.
“Gabenor bank pusat kita dan pengerusi Suruhanjaya Sekuriti malah sudah memberikan taklimat kepada saya baru-baru ini,” tegas beliau lagi.
Perdana Menteri berkata, beliau juga sentiasa diberikan maklumat terkini oleh wakil daripada sektor ekonomi bagi mendapatkan gambaran jelas keadaan ekonomi semasa negara kita.
“Minggu lepas, saya bertemu ketua-ketua ekonomi dan penganalisis institusi kewangan tempatan dan asing, dan semalam, pemimpin perniagaan dan korporat.
“Pertemuan-pertemuan ini akan diteruskan dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.
NTC 2015 yang berlangsung selama dua hari itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Institut Percukaian Berkanun Malaysia.
Najib berkata LHDN telah menetapkan rekod baharu dari segi kutipan cukai dalam tempoh empat tahun yang lepas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

RM2.6 Bilion: Tiba-Tiba Ada Takut Kritik Arab Saudi



BARU-BARU ini sebuah akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan di muka depan mengenai komen tegas tiga pemimpin pembangkang utama iaitu daripada PKR, DAP dan Pas berhubung isu dana politik RM2.6 bilion.
Mereka mendakwa kononnya sumbangan diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebagai bukan derma tetapi rasuah untuk ‘habuan’ balasan pelbagai projek tertentu daripada kerajaan BN dan UMNO.
Waima sudah dicerahkan beberapa kali malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan duit itu bukan rasuah, pembangkang cuba hasut rakyat membenci kerajaan dengan pelbagai tohmahan jahat.
Hujah mereka amat mudah: Takkanlah tiada apa-apa selepas sudah bagi duit; tanpa bercerita pihak pembangkang sendiri pun ‘mewah’ dapat dana politik daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk ramai jutawan terkenal.
Ini bukan benda rahsia bahkan boleh dilihat sendiri hebatnya jentera pembangkang setiap kali pilihan raya umum dan kecil yang jauh lebih ‘kaya’ berbanding pihak BN dari segi bahan kempen, sumber manusia dan sebagainya.

Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Baca: Pakatan Terima AS$1 Juta Setahun Dana Zionis Guling BN?

Ironi pembangkang juga yang enggan menyokong saranan SPRM agar semua parti siasah mengisytiharkan sumber dana mereka konon bimbang masyarakat akan tahu siapa dalang penyumbang kemewahan parti-parti anti-BN itu.
Begitulah liciknya propaganda pembangkang dan tidak semena-mena mereka minggu lalu ‘heboh’ berkumpul di bangunan SPRM konon bagi menyokong tindakan suruhanjaya itu tegas menyiasat isu penyelewengan 1MDB.
Namun ‘kegembiraan’ mereka nampak seperti berakhir apabila seorang penulis blog politik terkenal Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK mendedahkan sumber sebenar dana diterima Perdana Menteri itu.
Sebenarnya sebelum RPK membongkar cerita itu, ramai sudah pun tahu tetapi atas rasa jaga sensitiviti kerahsiaan dan hubungan baik diplomatik antara Malaysia dengan Arab Saudi, kisah itu terpendam senyap begitu sahaja.
Mungkin ada sudah tahu ketika Najib melawat Arab Saudi, gempa terburuk dalam sejarah melanda Sabah dan MYNEWSHUB sendiri pernah ada bercerita kisah di sebalik pertemuan dengan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Baca: Kisah Dana RM2.6 Bilion Dari Kaca Mata Raja Petra

Baca: Meskipun Sibuk, Najib Tetap Ada Aura Di Sabah

Waktu itu pembangkang hasut rakyat Malaysia ‘hentam’ Najib kerana tidak prihatin dengan nasib rakyat Sabah walhal Perdana Menteri sanggup memendekkan lawatan ke Arab Saudi untuk meninjau kesan gempa tersebut.
Hakikatnya lawatan rasmi ke Arab Saudi bukan sekadar memohon kuota jemaah haji Malaysia, malah ada berkata, Raja Salman amat prihatin dengan situasi negara kita termasuk peristiwa gempa bumi dahsyat di Sabah ketika itu.
Justeru tidak hairanlah biarpun Perdana Menteri ‘teruk’ dikutuk pembangkang hanya kerana menghadap hormat Penjaga Kota Suci Makkah dan Madinah, beliau masih tenang serta bijak menyimpan rahsia amanah cukup besar.
Sehingga artikel ini ditulis, Najib enggan membocorkan identiti siapakah penyumbang dana RM2.6 bilion itu sebaliknya kisah tersebut cuma diulas secara kiasan oleh RPK agar rakyat faham situasi dialami Perdana Menteri.
Uniknya, artikel RPK itu meskipun dianggap aneh tetapi sejurus disiarkan, tiada lagi mana-mana pihak berani secara terbuka membicarakan isu dana politik tersebut seolah-olah ia kebetulan berakhir tamat begitu sahaja.

Baca: Protokol 12 Cara Media Zionis Hancurkan Malaysia

Baca: Raja Arab Saudi Hafaz Al-Quran, Disiplin Jaga Waktu

Bagi yang faham maksud tersirat RPK, eloklah dimaklumkan betapa hebatnya pengaruh Raja Arab Saudi dalam mencorakkan agenda geopolitik antarabangsa khasnya penentuan semasa harga bekalan minyak mentah dunia.
MYNEWSHUB juga pernah melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sendiri terpaksa akur menunggu baginda selesai solat Asar ketika bertemu pemimpin utama dinasti Al-Saud yang berusia 79 tahun itu.
Tidak hairanlah ada menyifatkan Raja Salman sebenarnya lebih berkuasa daripada Obama dan dalam beberapa isu sensitif, AS sendiri tidak berani campur tangan jika Arab Saudi ‘berdehem’ kerana itu bermaksud ‘tempah bala’.
Di Malaysia, pengaruh Arab Saudi bukan setakat isu visa umrah dan haji, tetapi pernah beberapa personaliti profil tinggi tanah air menjadi individu ‘persona non grata‘ gara-gara mengkritik polisi kerajaan rantau Asia Barat itu.
Demi menjaga aib, tidak perlulah disebut siapakah mereka itu namun hasil pendedahan RPK, tiba-tiba sahaja ada yang sudah mula ‘kecut perut’ bimbang menjadi insan seterusnya diharamkan jejak kaki ke bumi Arab Saudi.

Baca: Putera Saudi Derma Amal Semua Hartanya RM120 Bilion

Baca: Rakyat Malaysia Tak Lagi Dibenar Melawat Israel

Untuk rekod, akibat senarai hitam itu, mereka boleh dilarang keras memasuki Arab Saudi sama seperti nasib ribuan rakyat Malaysia ‘tersadai’ di pintu masuk negara tersebut dek kerana pasport ada cop imigresen rejim Israel.
Ini mungkin nampak kejam, namun tindakan Arab Saudi itu jelas menunjukkan kedaulatan pemerintahan Al-Saud bertanggungjawab berat dalam memelihara kesucian imej Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sejak sekian lama.
Najib yang arif dengan hubungan istimewa Malaysia-Arab Saudi nyata amat jujur amanah sehingga ada berkata, pemilihan beliau dibuat bagi memastikan syiar Islam terpelihara dan BN tidak ‘tumbang’ kepada pembangkang.
Semua maklum, agenda pembangkang apabila berkuasa kelak akan membuka kedutaan Israel di Kuala Lumpur dan niat mereka itu amat berbahaya dalam menyeimbangkan pengaruh geopolitik AS di rantau Asia tenggara.
Setakat ini di peringkat ASEAN, cuma Malaysia, Indonesia dan Brunei masih bertekad enggan membenarkan ada pejabat misi diplomatik rasmi rejim Tel Aviv didirikan di ibu kota masing-masing waima sehinggalah hari kiamat.
– Mynewshub.cc/HAA

Baca: Kisah Boikot PPIM, Sumber Dana Rahsia DAP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Akaun Bank PM Di Ambank Ditutup Lebih Awal


KUALA LUMPUR – Akaun bank milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat dalam arahan pembekuan pada 6 Julai kerana ia telah ditutup lebih awal.
Pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan dana disalurkan kepada akaun perdana menteri, hari ini berkata dua akaun Najib di bank itu telah ditutup pada 30 Ogos, 2013 dan 9 Mac 2015.
Bagaimanapun, pasukan petugas khas itu telah memperoleh dokumen bank berkaitan dengan dua akaun itu, menurutnya dalam satu kenyataan.
Arahan pembekuan dikeluarkan pada 6 Julai adalah terhadap enam akaun bank.
Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Abdul Gani berkata semua dokumen siasatan yang diterima olehnya diberikan oleh pasukan petugas khas itu dan dengan itu tidak timbul isu pejabatnya menggunakan dokumen yang diterbitkan dalam Wall Street Journal atau tempat lain.
Menurut kenyataan itu, pasukan petugas khas menyerbu pejabat 1Malaysia Development Berhad di Menara 1MC di sini semalam (8 Julai), tiba pada 9.40 pagi dan melakukan pemeriksaan di premis itu sehingga 6.45 petang.
“Peguam Negara memaklumkan bahawa pasukan petugas khas itu memperoleh bahan-bahan diperlukan untuk siasatan termasuk minit mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, Buku Minit, penyata-penyata bank dan butiran bank yang lain, penyata-penyata penyelarasan, buku kira-kira, perjanjian perniagaan dan urusan pelaburan, dan fail-fail aktiviti tanggungjawab sosial korporat 1MDB.
“Pasukan itu juga merampas beberapa komputer note book,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story