Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam

p1000695
ADA seorang sahabat saya yang bertugas selaku pensyarah di universiti tempatan jika sesekali berjumpa dengan saya, sering mengeluh tentang betapa zaman sudah berubah. Bagaimana anak-anak mahasiswa yang diajarnya itu sudah kekurangan adab dan santun dalam menyantuni guru-guru mereka.
Dulu, ada seorang guru menceritakan kepada saya. Bagaimana dia dan guru-guru sekolahnya menghimpunkan anak-anak di sebuah program kembara di kaki hutan. Sudah pasti mereka harus bermalam di khemah dan sudah tentulah ada panas dan peluh jika beraktiviti sebegitu.
Menjelang petang, sebuah kereta Mercedes yang besar menjalar memasuki kawasan rekreasi dan rehlah. Rupanya, seorang ayah datang mengambil seorang pelajar. Pelajar itu mengadu tidak bisa berada lama di hutan itu. Rimas dan lemas. Lalu, mahu pulang segera dengan menelefon ayahnya supaya diambil. Segera.
Guru-guru tidak mampu berbuat apa-apa. Khabarnya guru-guru tersebut mengajar di sekolah anak-anak hartawan serta anak bangsawan yang nama teratas dalam masyarakat tertinggi.
Pelajar bukan orang gaji minta padamkan papan hitam
Sebuah lagi kisah, seorang rakan saya yang bertugas di sebuah sekolah (bukan sekolah saya) menceritakan bagaimana dia ditegur kerana menyuruh anak didiknya memadam papan hitam. Ditegur supaya tidak menyuruh anak muridnya lagi melakukan sedemikian. Anak didik bukanlah orang gaji. Anak didik bukanlah orang suruhan. Anak didik adalah pelanggan kita.
Sejak itu, menjadi titik noktah. Dia serik.
Tentu tuan pernah menonton video yang viral bagaimana sekolah di Jepun yang mana anak didik yang menyapu lantai dan membersihkan kelas mereka. Jepun negara maju kot!
Ini sebuah cerita di sekolah jiran, yang pada suatu hari seorang guru lelaki menegur seorang anak didiknya tentang disiplin. Menegur sahaja bukan menghukum atau mendenda malah bercakap pun dengan nada yang biasa.
Selepas itu, satu bahagian kereta guru itu dikopak, digores dan dicalar teruk. Guru itu menemui kembali anak didiknya itu.
“Kalau saya tahu awak mahu berbuat sesuatu dengan kereta saya, baik saya berikan awak terus duit daripada poket saya. Ambillah duit saya sekarang.”
Satu sindiran tentang bagaimana guru sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kerana mengikut undang-undang, guru-guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman ataupun denda kepada pelajar. Jika mengenakan hukuman fizikal, guru akan dipertanggungjawabkan. Jika guru menegur, maka semua kereta habis digores satu demi satu. Maka, apakan daya zaman sudah berubah.
Maka, beralihlah mereka ke alam dewasa di IPT dengan keluhan rakan saya yang bertugas selaku pensyarah itu. Rakan saya itu sungguh terkejut menerima whatsapp yang bertanya
“Tuan datang tak kelas pagi ini ?”
Sedangkan kita dahulu, menunggu 10 hingga 15 minit selepas jam 8 pagi. Ternanti-nanti jika pensyarah itu datang atau kelas dibatalkan sebaliknya tanpa diberitahu.
Jika dahulu, tidak hadir berhari-hari ke sekolah maka datanglah seorang guru yang menanyakan kisah mengapa tidak hadir.
Namun, zaman sekarang, guru datang menanyakan sudah berminggu-minggu tidak hadir. Datang menjemput anak didik ke sekolah dengan motor yang dibawa guru tersebut.
Esoknya, anak didik itu tidak datang juga. Lusanya tidak datang lagi. Guru itu datang lagi sekali.
Ayahnya yang melengkar lagi belum bangun dari tidur, terpisat-pisat selamba menjawab.
“La, saya ingatkan cikgu nak ambil anak saya hari-hari lepas ini”
“Cikgu, kalau nak anak saya datang awal sangat, cikgu buatlah asrama di sekolah itu ya”
Begitulah antara yang peristiwa yang hadir menjengah dalam minda saya apabila menceritakan tentang zaman sudah berubah. Klise sungguh apabila mereka menggunakan frasa sebegitu.
Zaman sudah berubah, cikgu
Zaman tuan-tuan belajar dahulu bagaimana ya? Pernah atau tidak dirotan, dijemur, ketuk ketampi atau apa sahaja yang tidak boleh dilakukan sekarang. Apatah lagi duduk di atas lantai tar? Zaman kita-kita dahulukan. Saya pun pernah ditampar oleh ayah saya sendiri yang juga ustaz di sekolah saya di sekolah rendah dahulu.
Oh ya, satu hari saya pernah menghadiri sebuah bengkel di sekolah berasrama penuh di selatan daerah saya. Ya, sekolah berprestasi tinggi. Sedang saya memarkir kereta saya, saya melihat sekumpulan anak-anak didik bertuah ini sedang berjalan itik di atas padang sambil diperhatikan gurunya. Tangan di belakang. Turut perintah sungguh. Untuk pengetahuan, cikgu itu guru wanita. Harus menuntut ilmulah daripadanya.
Ya, kenangan yang amat dekat di hati. Zaman saya didenda sebegitu. Tersenyum saya melihatnya. Mendengar kata sungguh anak-anak didik itu akan hukuman itu. Dan, begitu beraninya dan tegarnya guru itu. Tak takutkah dipersoalkan kredibiliti hukuman sebegitu?. Kalaulah saya gemarkan memviralkan sesuatu dan suka dengkikan orang lain, saya akan ambil video kejadian itu dan sebar luaskan. Saya akan buat caption paling win.
“Guru denda pelajar sehingga pengsan. Tidak dibenarkan makan. Berjalan itik sehingga lewat petang”
Sudah tentu ayat itu tidak sekemas ayat saya dengan singkatan perkataan yang disukai orang sekarang.
Namun, saya tidak melakukannya kerana saya seorang guru. Hanya guru yang memahami dunia seorang guru. Cabaran dan getir hidup dijalani menjadi seorang guru mendidik yang zamannya sudah jauh berubah sama sekali. Sekalipun yang dilakukan itu sebenarnya untuk niat apa sebenarnya.
Guru ‘hamba’ kepada sistem ‘zaman sudah berubah’
Seorang doktor menulis di facebooknya tentang impiannya mahu bertugas selaku seorang doktor di daerah pedalaman. Yang jauh dari viral dan pelanggan yang suka menghentam dunia doktor dan jururawat. Suka memviralkkan situasi tidak benar kepada daerah komuniti penduduk pedalaman yang lebih tahu menghargai nilai kemanusiaan.
Hakikatnya, ada ramai juga guru yang mahu pulang ke daerah pedalaman dan kampung kerana tidak bisa mengajar anak-anak didik orang bangsawan yang menjadikan guru ‘hamba’ kepada sistem ‘zaman sudah berubah’.
Saya sudah lama tidak merotan anak didik saya. Sudah berbelas-belas tahun lamanya. Zaman sudah berubah tapi saya masih guru yang sama. Masih seperti dahulu.
Prof Muhaya pernah bercerita sewaktu zaman belajarnya dahulu arwah ayahnya sering mengajaknya pergi berhari raya ke rumah bekas-bekas guru Prof Muhaya. Jauh-jauh pergi beraya. Prof berkata arwah ayahnya mahu membalas jasa kepada guru-guru yang pernah mengadakan kelas tambahan secara percuma buat dirinya dahulu. Tanda berterima kasih. Begitulah orang zaman dahulu dengan guru-gurunya.
Bagaimanakah nanti 15 tahun lagi ya ? Takut pula sekiranya anak didik saya menumbuk saya yang sudah tua dalam umur 58 tahun kelak yang gigi nantinya sudah tiada lagi. Kerana sudah tidak ada apa-apa erti lagi dengan menjadi guru. Sekadar mengajar bukanlah lagi tentang mendidik.
Zaman sudah berubah, katanyalah.
Saya tinggalkan dengan serangkap pantun jelas menunjukkan suasana semasa
Apa beza kolek dan sampan?
Mana panjang dari perahu?
Apa guna cantik dan tampan?
Adab kurang, mengaji tak mahu!
-As Syahid




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pelajar Malaysia Di Christchurch Selamat

earthquake at chrischurch

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi mengesahkan 1,200 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di lapan universiti di Christchurch, New Zealand yang dilanda gempa bumi hari ini, dilaporkan selamat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Education Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di New Zealand telah menghubungi semua wakil pelajar yang menuntut di lapan universiti tersebut selepas kejadian dan mendapati mereka semua selamat.
Jelasnya, Education Malaysia di New Zealand telah menasihatkan pelajar Malaysia agar sentiasa peka dan berjaga -jaga serta mengikut nasihat yang dikeluarkan oleh Pertahanan Awam New Zealand.
Pelajar Malaysia Di Christchurch Selamat
Semalam, satu gempa bumi kuat pada magnitud 7.5 melanda Pulau Selatan New Zealand, mengorbankan sekurang-kurangnya dua nyawa.
Sementara itu, kira-kira jam 8.34 pagi tadi, satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Ritcher berlaku di luar pantau timur Pulau Selatan, 151 km Timur Laut dari bandar Christchurch.
Susulan kejadian, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran ancaman Tsunami dan setiap orang di pantai timur negara itu diarahkan menuju ke kawasan dalam atau tanah tinggi pulau berkenaan. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Dua Pelajar Sekolah Ditahan Kerana Miliki Pistol


DUA pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun di Negeri Sembilan berhadapan kemungkinan ke tali gantung apabila ditahan kerana memiliki sepucuk pistol.
Dilaporkan pada jam 1 pagi pada 10 Ogos lalu, sepasukan polis dari balai polis Rahang telah menahan dua pelajar terbabit di asrama Murad Foundation di Gadong Lalang Ampangan, Seremban.
Penahanan dua pelajar itu dibuat berdasarkan hasil maklumat awam.
pistol
pistol6
Sumber gambar: Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku.
Dalam serbuan berkenaan, pihak berkuasa menemui sepucuk pistol jenis Colt 380 Auto Mustang Pocketlite berwarna perak kehitaman dengan katrij dan beberapa butir peluru turut dirampas.
Kedua-dua pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Rahang untuk disoalsiasat dan kes disiasat mengikut Akta 379 Kanun Keseksaan.
Jika disabit kesalahan, mereka berkemungkinan akan dikenakan hukuman gantung .-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq

K


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

KEJADIAN SEBENAR LELAKI DIBAHAM HARIMAU PUTIH DI ZOO DELHI

Kisah tragis seorang lelaki dibaham harimau putih depan pengunjung Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia.
Berdasarkan keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke dalam kandang harimau.

Bagaimana pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang.

Maqsood dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja.
Pengarah zoo Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki di bawahnya.



Harimau putih berasa terancam dengan kehadirannya namun cuma merenung pada Maqsood yang melutut dan tersandar ketakutan di dinding selama 10 minit.
Apabila orang ramai dan kaki tangan zoo cuba mengalihkan perhatian harimau dengan membaling batu dan kayu sambil berbuat bising,  barulah haiwan itu menggigit leher Maqsood lalu menggonggongnya pergi dalam keadaan berlumuran darah.

Dalam pada itu pihak Zoo Delhi menyatakan harimau putih seberat 200kg yang membunuh mangsa kelihatan normal dan meneruskan rutin seperti biasa selepas kejadian.
Difahamkan, pihak zoo tidak bercadang untuk mengeluarkan haiwan tersebut yang lahir dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini kerana ia dianggap jinak dan kejadian tempoh hari berlaku disebabkan reaksi normal harimau apabila kawasan diceroboh secara tiba-tiba.


“Ia tidak menyerang dan hanya bertindak ganas selepas seseorang membaling batu ke badannya,” ujar juru cakap zoo.
Namun apa pun alasannya, pihak polis berkata zoo berkenaan akan tetap didakwa kerana cuai.
Difahamkan enam tahun lalu seorang lelaki dilaporkan nyaris menjadi mangsa singa di zoo sama apabila terjatuh ke dalam kandang namun bernasib baik apabila tidak diapa-apakan haiwan tersebut.
-mynewshub.cc

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story