Showing posts with label Fasha Sandha. Show all posts
Showing posts with label Fasha Sandha. Show all posts

"KEBETULAN ALLAH JADIKAN HARI LAHIR JODOH-JODOH SAYA SAMA" - FASHA

"Kebetulan pada hari lahir dia (Jejai), dia ada telefon saya dan ucap selamat hari lahir pada Aidil. Jadi secara profesional saya pun ucap benda yang sama pada dia. Sudah tentu saya tidak lupa tarikh lahir Jejai sebab dia tetap ayah kepada anak-anak saya. 





"Saya pun pada mulanya tidak perasan yang tarikh lahir mereka sama. Kebetulan Allah jadikan hari lahir jodoh-jodoh saya pada tarikh yang sama," kata pelakon Fasha Sandha yang menggangap ia satu kebetulan apabila bekas suami, Jejai berkongsi tarikh lahir dengan suami barunya, pelakon Aidil Aziz yang jatuh pada 26 Julai. 

Ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk memberikan ucapan selamat hari lahir buat bekas suaminya kerana baginya Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli tetap ayah kepada anak-anaknya. 

Meskipun sudah hampir tiga tahun bercerai, Fasha tetap mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, malah mengekalkan keharmonian itu demi anak-anak: "Anak-anak saya dibesarkan dengan suasana penuh kasih sayang. Mereka tidak pernah tahu atau nampak benda-benda yang tidak 'best' pasal ibu bapa mereka". 

Klik untuk gambar besar
 

 

 


myartis.com / Sumber & foto: Kopi Planet & Instagram Fasha Sandha

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Fasha Rai Birthday Anak, Jejai Turut Hadir

1

SEMALAM, telah berlangsungnya sambutan majlis hari jadi anak kedua pelakon terkenal, Fasha Sanda iaitu Putri Raysha Jemyma yang genap memasuki usia 2 tahun.

Majlis yang berlangsung di The Podium By Daun, Kuala Lumpur itu berlangsung dengan cukup meriah dan berwarna warni.
Lebih menarik, bekas suami Fasha, Jejai turut hadir meraikan sambutan hari jadi puteri tunggalnya itu.
Gambar Jejai yang dimuat naik dalam Instagram Fasha ketika majlis itu berlangsung turut membuatkan para peminat berasa teruja mengharapkan pasangan ini berbaik semula menjadi suami isteri.
Tidak kurang juga yang memuji sikap Fasha yang disifatkan terbuka untuk berhadapan dengan Jejai demi anak-anak.
Selain itu, anak sulung Jejai menerusi perkahwinan terdahulu bersama Nora Danish, Rayqal turut dilihat hadir bersama-sama meraikan hari jadi Jemyma.
Majlis itu dimeriahkan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan beberapa rakan selebriti seperti Johan Raja Lawak, Datuk Alif Syukri dan ramai lagi.
Jom kita saksikan, kemeriahan suasana di sekitar hari jadi anak kedua Fasha. – MYNEWSHUB.CC










Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Fasha Sandha Akan Menghadkan Berkongsi Hal Peribadi Di Media Sosial



TIDAK dinafikan laman sosial menjadikan para selebriti lebih dekat dengan peminat mereka.
Namun begitu, buat Fasha Sandha dia tidaklah terlalu berkongsi hal peribadi di media sosial berikutan merasakan perkara tersebut tidak wajar didedahkan kepada umum selain mahu mengelak timbulnya perasaan riak.
Memetik portal Murai, Fasha berkata: “Saya bukanlah individu yang gemar memuat naik gambar setiap jam atau setiap hari. Tak semua benda ita boleh kongsi kepada masyarakat apa yang kita buat.
“Perlu ada limit kerana kita tidak boleh menduga apa yang ada dalam pemikiran seseorang.”
“Baru-baru ini saya keluar bercuti di Port Dickson bersama suami dan anak-anak. Sepanjang percutian itu, saya tidak muat naik gambar atau memberitahunya di media sosial.
“Bagi saya percutian bersama keluarga perlu dinikmati dengan rasa tenang dan gembira bukannya untuk dipaparkan kepada umum,” katanya.
Selain Fasha, pelakon Fahrin Ahmad juga mengamalkan pendekatan yang sama, enggan terlalu terbuka dalam berkongsi hal peribadi di mana-mana akaun laman sosial miliknya.
Langkah ini diambil adalah sebagai salah satu cara untuknya agar tidak menjadi bahan kritikan masyarakat di luar sana.
KUALA LUMPUR 19 June 2014. Duta Alicafe dan pelakon, Fahrin Ahmad pada penyampaian hadiah Anda Boleh Jadi Jutawan 4 : Power Root di Hotel One World. NSTP/Munira Abdul Ghani
Fahrin Ahmad
Menerusi portal mStar, Fahrin menjelaskan: “Alhamdulillah, tak ramai yang meletakkan komen berbentuk kutukan di Instagram saya. Mungkin tipnya ialah bila nak muat naik gambar, kita perlu berjaga-jaga.
“Walaupun memuat naik gambar dengan rakan-rakan, saya perlu teliti ada setiap ruang dalam gambar itu, adakah ia boleh mengundang persoalan dan kritikan.”
“Gambar saya bersama rakan yang memegang vape pun saya takkan muat naik dalam Instagram. Saya cuba mengurangkan apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan kontroversi,” kata suami kepada Ketua Pramugari syarikat penerbangan Emirates, Elena Hani Eleas ini.
Bagus juga pendirian Fasha dan Fahrin ini, mungkin para selebriti lain boleh mencontohi mereka kalau tak nak pening kepala dengan segala drama yang mungkin tercetus hanya menerusi perkongsian dan muat naik foto atau status yang mungkin boleh membawa kepada hal kontroversi di kemudian hari. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC
Fasha Sandha Dedah Tidak Sukar Bersuamikan Jejai



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Fasha Sandha Enggan Layan Kontroversi, Hidup Lebih Aman

PELAKON jelita Fasha Sandha yang semakin cantik menunggu kelahiran anak keduanya mempunyai petua bagaimana sentisa kelihatan anggun dan positif walaupun sering ditimpa kontroversi.
Bercakap kepada Harian Metro, Fasha Sandha berkata, beliau ada pendekatan sendiri untuk menangani apa jua kontroversi yang timbul lebih-lebih lagi selepas berkahwin.
“Selepas saya berkahwin dan mempunyai cahayamata, jarang sekali saya ditimpa kontroversi dan saya akui dapat merasakan perbezaan itu. Sekiranya ada, saya hanya membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Peminat saya bijak, mereka pandai menilai. Formula saya mudah sahaja, apabila sesuatu kontroversi datang, saya biarkan ia berlalu tanpa perlu melatah,” ujar Fasha Sandha.
Fasha Sandha
Katanya, beliau mengakui yang banyak kontroversi berunsur negatif semakin lenyap seiring dengan peralihan dalam fasa kehidupannya.
fasha sandha3
Fasha Sandha menambah, pendiriannya itu menjadi pendinding berkesan yang membuatkan apa-apa kontroversi gagal melekat pada dirinya.
Semoga Fasha terus tabah dan dimurahkan rezeki dengan kelahiran cahaya mata keduannya tidak lama lagi. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story