Showing posts with label Juara. Show all posts
Showing posts with label Juara. Show all posts


Pelajar Tingkat Dua Juara Roket Air Asia Pasifik

SEPANG – Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba, Langkawi, Kedah, mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai Kejohanan Roket Air Peringkat Asia Pasifik di Los Banos, Laguna, Filipina.
Khairul Ikmal Hakim Nurisyam, 14, menewaskan 57 peserta dari 12 pasukan di rantau Asia Pasifik apabila roket ciptaannya dengan botol plastik berjaya mencatatkan jarak hanya sejauh 1.5 meter daripada sasaran.
Pertandingan itu memerlukan setiap peserta melancarkan roket setepat yang mungkin ke sasaran yang terletak sejauh 80 meter dan setiap peserta dinilai secara individu bagi jarak yang terdekat dengan sasaran.
Khairul Ikmal Hakim adalah antara empat pelajar negara ini yang menyertai acara yang diadakan sempena Forum Agensi Angkasa Serantau Persidangan Asia Pasifik (APRSAF) ke-23 di Universiti Filipina, Los Banos.
Beliau membawa pulang hadiah berupa model roket H-IIB Launch Vehicle dan sijil penyertaan.
Selain Khairul Ikmal Hakim, turut serta menyertai kejohanan tersebut ialah rakan sekolahnya, Rohizad Zarain, 15, dan juga guru pembimbing, Mohd. Jazrinizad Jamaludin.
Dua peserta lain adalah pelajar dari SMK Tinggi Kajang, Selangor iaitu Amir Haziq Noor Alif Wira, 16, dan P. Hariharan, 16, serta guru pembimbing, Noralina Ishak.
Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya hadir menyambut kepulangan kedua-dua pasukan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2), di sini hari ini.
Beliau berkata ini merupakan kali kedua Malaysia menjuarai pertandingan ini setelah menjuarainya pada tahun 2014 di Tokyo.
Sementara itu, Khairul Ikmal berkata pengalaman tahun lepas setelah gagal di peringat kebangsaan membantu beliau menjuarai kejohanan kali ini.
Beliau yang berkecimpung dalam permainan roket air sejak dua tahun lalu berterima kasih kepada guru yang memberi tunjuk ajar sehingga menjuarai kejohanan tertinggi roket air.
“Saya akan mempergiatkan latihan agar dapat melayakkan diri untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan yang sama di Korea Selatan tahun depan,” katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kenali Sufi, Juara Akademi Fantasia 2015


Sumber : Astro Awani
imageResizeAndCrop.ashx
FOTO : Astro Gempak

Rancangan realiti nyanyian popular Malaysia Akademi Fantasia 2015 telah pun melabuhkan tirainya. Empat orang peserta final membuat persembahan yang cukup memukau penonton. Sufi peserta dari Singapura dinobatkan sebagai juara rancangan realiti itu dengan kutipan undi sebanyak 41% .

Mengenai sufi
Seorang penyanyi indie (sepenuh masa) di Singapura. Single yang bertajuk ‘Tiada Pengganti’ menang kategori Lagu Terbaik Singapura (APM 2014) Selain menyanyi, Sufie juga aktif mencipta lagu iklan (jingle) untuk iklan TV dan radio Mula menjadi penyanyi selepas muncul sebagai naib johan – SG Mania (2014) Menggemari genre pop rock, R&B dan balada. Berbakat mencipta lagu sendiri. Boleh bermain alat muzik – piano, dram, gitar dan bass. Inspirasi – Taufik Batisah, M. Nasir, Hattan & Ramli Sarip – lebih menggemari lagu-lagu evergreen.
af2015_top16_12
FOTO : Astro Gempak

Sufi atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid, 24, telah menewaskan saingan terdekatnya, Syamel yang pada awalnya menjadi jangkaan beberapa pihak untuk bergelar juara pada konsert akhir tersebut. Dengan kemenangan ini, Sufi telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi.

Aura yang dibawa oleh anak kelahiran kota singa ini memberi kesan yang mendalam kepada penonton, Sufi telah menyampaikan lagu ciptaan penuh dirinya sendiri bertajuk Kisah Dua Muka serta lagu Andai Ku Bercinta Lagi nyanyian asal kumpulan Mojo.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story