Showing posts with label sukan sea. Show all posts
Showing posts with label sukan sea. Show all posts

KJ Sumbang Emas Sukan SEA - POLO




PUTRAJAYA – Malaysia berjaya menewaskan Thailand 9-8, sekali gus mengulangi pencapaian pingat emas 10 tahun lepas pada perlawanan final polo ekuestrian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Taman Ekuestrian di sini hari ini.
Dalam aksi sengit itu, skuad polo negara diketuai Sheik Reismann Mohamed Ismail telah bangkit selepas terikat 4-4 pada chukka kedua sebelum mendahului 7-4 dan seterus menguasai chukka ketiga dan keempat untuk menghadiahkan emas kepada negara.
Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman muncul wira pasukan apabila menjaringkan enam gol diikuti dua oleh Mohd Zulhelmie Nadzar dan satu menerusi Shaik Reismann.
Selain itu, anggota pasukan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melakar sejarah apabila menjadi menteri pertama menyumbangkan pingat emas dalam acara tersebut.
Bagaimanapun, Khairy, tidak diturunkan pada perlawanan final itu.
Sheik Reismann, yang mempunyai handikap tiga, serta menjadi kapten pasukan pada edisi 2007 di Korat, Thailand berkata berkata mereka gembira kerana hasil kerja berpasukan mereka dapat mempertahankan gelaran juara.
Thailand membawa pulang pingat perak manakala Brunei mengalahkan Singapura 10-8 semalam untuk meraih pingat gangsa.
Acara polo ekuestrian diperkenalkan pada edisi 1983 di Singapura dan kali kedua pada 2007 di Korat. – BERNAMA



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Poket roket mant: Azizulhasni Kutip Emas Ke-111 Malaysia



TAHNIAH… Juara keirin dunia, Azizulhasni Awang menepati ramalan selepas berjaya unggul acara pecut individu lelaki sekali gus raih pingat emas dalam aksi di Velodrome Nasional, sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan itu menjadi emas yang ke-111 berjaya dikutip oleh kontinjen Malaysia bagi saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, menepati sasaran ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Azizul , atau lebih dikenali dengan nama “The Pocket Rocketman” menewaskan rakan senegara, Shah Firdaus Sahrom, dalam kedua-dua pusingan untuk mengakhiri perlumbaan di tempat pertama.
Pingat gangsa menjadi milik Jaturong Niwanti dari Thailand selepas menumbangkan cabaran wakil Indonesia, Puguh Admadi, dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Dalam aksi sebelum itu, atlet berbasikal negara, Fatehah Mustapa, mengesahkan status sebagai ratu acara pecut individu wanita setelah terlebih dahulu menumbangkan cabaran rakan sepasukan, Farina Shawati Adnan.
Fatehah malah memenangi dua daripada tiga perlumbaan antaranya dengan Farina, sekali gus menghadiahkan emas ke-110 buat negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story