Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts

Fakta Tentang Peluru Berpandu "BUK" Yang Menembak MH17



KUALA LUMPUR — Berikut beberapa maklumat mengenai sistem peluru berpandu BUK jenis 9N314M darat ke udara yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine, tahun lepas.
Peluru berpandu itu diperkenalkan pada 1979 buatan Soviet Union, dengan unit lengkapnya terdiri daripada kenderaan pengendali, radar sasaran dan beberapa jentera membawa peluru berpandu.
Menurut laporan Lembaga Keselamatan Belanda, peluru berpandu itu adalah untuk sistem pertahanan udara yang terdiri daripada komponen berbeza dalam pelbagai model dan konfigurasi.
“Peledak untuk sistem senjata ini diisi dengan serbuk peledak yang dikelilingi dua lapisan serpihan yang terbentuk.
“Sistem peluru berpandu BUK darat ke udara ini boleh mencapai ketinggian 80,000 kaki atau 24.4 kilometer, jauh melepasi ketinggian 33,000 kaki (10.1km) yang dilalui MH17 ketika itu,” demikian menurut ringkasan laporan 20 muka surat mengenai tragedi MH17 itu.
Laporan itu diperoleh secara dalam talian menerusi laman web http://cdn.onderzoeksraad.nl/documents/brochure-mh17-crash-en.pdf, hari ini.
Lembaga Keselamatan Belanda melaporkan serpihan yang ditemui di pesawat dan mayat tiga anak kapal terdiri daripada keluli tanpa campuran aloi.
Menurutnya serpihan itu adalah dalam bentuk kiub dan ‘bow-tie’.
“Jumlah kesan, corak tebaran serpihan dan bentuk objek berkuasa tinggi yang ditemui selari dengan serpihan yang ada di peledak jenis 9N314M,” katanya.
Agensi berita Deutsche Presse Agenture (DPA) memetik Institut Strategik Antarabangsa yang berpangkalan di London sebagai berkata tentera Ukraine memiliki lebih daripada 60 peluru berpandu BUK-M1 pada 2014.
Sebaliknya, Ukraine baru-baru ini mendakwa mereka tidak lagi memiliki sistem BUK, manakala Rusia mempunyai kira-kira 350 pelbagai jenis, kata DPA.
Pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine juga dilaporkan mempunyai peluru berpandu BUK, kata agensi berita itu.
Pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.
Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, terkorban.– BERNAMA
mynewshub.cc


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

MH17: Najib Ikrar Bawa Pulang Baki Tiga Mayat


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis sekali lagi menegaskan komitmen Malaysia untuk membawa pulang baki tiga lagi mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.
"Kami akan meneruskan usaha membawa pulang baki tiga lagi mayat rakyat Malaysia dan mengumpul bukti forensik dari lokasi MH17 (terhempas)," katanya dalam akaun Twitter.
Sebelum itu, Najib yang sedang melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat, berkata di New York, bahawa Kiev tidak dapat memberi jaminan laluan selamat bagi pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine Julai lepas kerana ia tidak selamat memandangkan kejadian tembakan dan letupan masih berterusan walaupun perjanjian gencatan senjata dilaksanakan.
Katanya perkara itu disampaikan kepadanya oleh Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk apabila mereka bertemu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Najib akan berada di Amerika Syarikat dari 20 hingga 28 Sept bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB dan juga menghadiri beberapa majlis.
Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. -mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story