PRODUK APPLE YANG PERNAH GAGAL


Selepas berita pengunduran Steve Job dalam Syarikat Apple, barulah cerita mengenai beberapa barangan Apple sebelum ini pernah mengalami kegagalan. Siapa sangka, syarikat yang terkenal di Amerika Syarikat ini pernah gagal dalam mengeluarkan gajet terkini. Antara barangan Apple yang pernah gagal adalah The Apple Lisa (1983), MobileMe, Quicktake (1994), Twentieth Anniversary Mocintosh (1997), Pippin (1996).


1. The Apple Lisa
The Apple Lisa di cipta pada tahun 1983. Dilaporkan bahawa nama The Apple Lisa ini di ambil sempena nama anak Steve Job. Salah satu sebab kegagalan barangan Apple ini adalah kerana harganya yang terlalu tinggi.



2. MobileMe
MobileMe dicipta untuk mengakses dah mengedit gambar, fail, kenalan dan kelandar dari lokasi yang jauh. Barangan ini gagal mendapat sambutan kerana ianya gagal berfungsi ketika hari pelancaran.



3. QuickTake (1994)
QuickTake adalah sejenis kamera dan tergolong dalam kumpulan kamera digital terawal di dunia. Kelemahan camera ini adalah boleh mengambil gambar 640×480 revolusi, tiada mempunyai fokus dan hanya boleh menyimpan 8 gambar. Gagal mendapat sambutan kerana terpaksa bersaing dengan puluhan jenis kamera ketika itu.


4. Twentieth Anniversary Mocintosh (1997)
Twentieth Anniversary Mocintosh (1997) atau lebih dikenali dengan TAM merupakan salah satu desktop yang pertama menggunakan skrin LCD. Dilengkapi dengan pembesar suara dan papan kekunci. Namun, kegagalan barangan ini adalah di sebabkan harganya yang terlalu mahal. Harga sebuah TAM ini mencecah $7000 dan sangat tidak berbaloi.



5. Pippin
Pippin adalah permainan konsol seperti nintendo 64 dan Playstation. Kegagalan barangan Apple ini kerana harganya yang terlalu mahal dan modemnya sangat perlahan. Pada May 2006, Pippin ini termasuk dalam senarai “25 gajet paling teruk sepanjang masa” yang di keluarkan oleh PC Magazine World.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story