Showing posts with label adam rosly. Show all posts
Showing posts with label adam rosly. Show all posts

Rafizi Gesa Adam Rosly Isytihar Harta

Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menggesa Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly untuk mengisytiharkan harta yang dimilikinya secepat mungkin.
“Saya rasa lagi cepat saudara Adam isytiharkan harta, lebih mudah. Sebaik sahaja anda tunjukkan yang anda tiada apa untuk disembunyikan dan semuanya telus, dengan itu saya fikir ia akan hentikannya (spekulasi),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Katanya beliau sendiri akan sekali lagi mengisytiharkan hartanya pada Selasa atau Rabu hadapan setelah berbuat demikian pada Mac tahun lepas.
Beliau turut menyarankan kesemua anggota politik termasuk penjawat awam supaya mengisytiharkan harta secara terperinci untuk mengelakkan penyelewengan.
Media sebelum ini melaporkan kemewahan luar biasa Adam yang didakwa memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Jamal Mahu Ketua AMK PKR Jelas Isu Banglo RM7 Juta

adam_rosly

PEMIMPIN Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos menuntut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly menjelaskan bagaimana mampu beli sebuah kediaman mewah pada usia muda.

Jamal telah menjemput beberapa orang ahli media terpilih untuk menaiki helikopter, ihsan daripada salah seorang rakannya, untuk meninjau sebuah rumah banglo yang dikatakan bernilai RM7 juta milik Adam itu.
Beliau juga mendakwa bahawa pemimpin muda PKR berusia 28 tahun itu telah mengumpulkan ‘kekayaan’ seperti rumah banglo, berbelas-belas buah kereta bernilai berjuta-juta ringgit.
“Di sini saya mahu jelaskan bahawa saya bukan tuduh, tetapi hanya mahu Adam jawab dari mana sumber kekayaan luar biasa beliau,” kata Jamal semasa sidang akhbar bertempat di luar rumah berkenaan.

Jamal Mahu Ketua AMK PKR Jelas Isu Banglo Mewah
MAHLIGAI ALA ISTANA MILIK ADAM DII AMPANG. SUMBER FOTO: THE STAR ONLINE.

Mahligai dua tingkat setengah yang dibina dengan gaya ala istana lengkap dengan menara itu terletak di tengah-tengah bandar Ampang yang sekitarnya penuh kawasan perumahan dan kampung rakyat miskin.
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo juga menunjukkan bahawa rumah itu nampaknya juga tidak mempunyai meter air atau elektrik.
Menurut seorang penduduk yang tinggal berhampiran, Adam berpindah ke rumah itu bersama keluarganya pada bulan September lalu.
Sebelum ini, rumah tersebut merupakan projek terbengkalai serta hanya diubah suai dan dicat baru-baru ini.
Ismail turut membuat aduan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Ampang pada jam 4 petang, Selasa, susulan kekayaan mencurigakan milik Adam itu. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story