Showing posts with label amyra rosli. Show all posts
Showing posts with label amyra rosli. Show all posts

Wow, Peminat Taja Majlis Resepsi Ke-3 Amyra-Amar

amyra

WOW, beruntungnya pasangan pengantin baharu, Amyra Rosli dan Amar Baharin apabila majlis resepsi ketiga mereka di Singapura semalam ditaja sepenuhnya peminat mereka di negara sebarang tambak itu.

Majlis yang diadakan di Hotel East Coast itu berlangsung dengan suasana meriah dihadiri peminat setia kedua-dua pelakon popular berkenaan.
Menurut Amyra majlis ini merupakan permintaan daripada kelab peminat mereka di kota Singa yang disambut dengan penuh terbuka daripada pihaknya dan Amar.
“Perkara ini tidak ada dalam perancangan kami berdua tetapi apabila wakil kelab peminat di sana menyatakan hasrat untuk menaja majlis kami, saya sambut dengan hati terbuka. Malah saya sangat teruja.
“Istimewanya, majlis ini ditaja mereka sepenuhnya. Segala persiapan disediakan mereka, kami hanya bawa diri. Kata orang rezeki jangan ditolak,” kata aktres itu dipetik Harian Metro.
amyra3
Amyra dan Amar sah diijabkabul pada 11 November dan majlis resepsi mereka sudah dijalankan pada 12 dan 19 November lalu. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tema Klasik Latari Majlis Resepsi Belah Amar Baharin

pix

SEMINGGU diijabkabul, semalam berlangsung majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin lelaki iaitu aktor Amar Baharin bersama suri hatinya, Amyra Rosli.

Memilih tema tradisional moden, majlis berlangsung meriah itu diadakan di Brightstar Banquet Hall, Ampang, Kuala Lumpur.
Kedua-dua mempelai tampil sama segak, sama menawan dengan persalinan songket berwarna krim yang dihiasi indah dengan taburan manik.
pix1pix2pix3pix4pix5
Amar dan Amyra dinikahkan pada 11 November lalu dan majlis resepsi sebelah Amyra yang bertemakan Fairytale telah berlangsung sehari selepas itu.
Tahniah diucapkan buat Amar dan Amyra! – MYNEWSHUB.CC
Kredit Foto:  peveyhackproduction




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Hot: Gambar Kemeriahan Majlis Resepsi Amyra-Amar

Gambar Kemeriahan Majlis Resepsi Amyra-Amar

BAK puteri kayangan! Itu gambaran yang cukup tepat diberikan kepada pengantin cantik, pelakon Amyra Rosli yang selamat melangsungkan pernikahan dengan aktor Amar Baharin, Jumaat lalu.

Dalam majlis resepsi sebelah pengantin perempuan, Amyra bergaya menawan dan mempesona dengan menyarungkan persalinan ‘bridal’ rekaan Rizman Ruzaini.

Amar pula menggayakan rekaan pereka yang sama namun lari dari kebiasaan tuxedo hitam yang sering menjadi pilihan, sebaliknya pelakon itu memilih sut berwarna putih kelabu bagi hari bahagianya itu.
Sama cantik sama padan, kek perkahwinan pasangan itu yang bertemakan istana turut meraih perhatian ramai.
Berlangsung meriah di Hotel Premiera Kuala Lumpur, majlis berkonsepkan fairytale ini turut dihiburkan dengan nyanyian penyanyi terkenal, Jaclyn Victor. – MYNEWSHUB.CC










Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Amar Baharin & Amyra Rosli Akhirnya Bergelar Suami-Isteri

Amar Baharin & Amyra Rosli Akhirnya Bergelar Suami-Isteri

KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat diijabkabulkan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 5.15 petang Jumaat.

Majlis pernikahan diadakan di Hotel Premiera, di sini dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.
Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.
Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 31, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,111 kepada Amyra manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.
Pasangan mempelai menggayakan busana berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini.
Resepsi persandingan pasangan pengantin akan berlangsung pada malam Sabtu di lokasi yang sama.
Manakala majlis di pihak pengantin lelaki akan diadakan di Bright Star Banquet Hall, Ampang dekat sini pada 19 November ini.
Amar dan Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati, 25, mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 22 Julai lalu. – mStar Online




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story